CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Hapuskan Monarki' - Wanita Ditahan Pegang Sepanduk Anti Sistem Beraja

13-9-2022 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1303| Komen: 10

Seorang wanita ditahan kerana memegang sepanduk antimonarki semasa perhimpunan rakyat jelata yang berkabung atas kemangkatan Ratu Elizabeth II di Edinburgh pada Ahad, lapor akhbar Metro UK.


Wanita berkenaan ditahan di luar Gereja St Giles, di mana keranda monarki berkenaan disimpan bermula hari ini selepas ditempatkan di Istana Holyroodhouse semalaman.


Foto: PA

Kejadian itu berlaku beberapa minit sebelum Raja Charles III diumumkan sebagai monarki baharu di hadapan rakyat Scotland, petang itu.

Wanita berkenaan memegang sepanduk bertulis ‘imperialisme, hapuskan monarki’.


Beberapa anggota polis muncul di belakangnya dan membawa dia pergi dari situ serta disusuli tepukan orang ramai.

Seorang lelaki menjerit sambil berkata: “Lepaskan dia, ia satu kebebasan bersuara.”

Ia kemudian disambut oleh seorang lagi individu sambil berkata: “Tolong hormati (kemangkatan baginda).”

Seorang jurucakap polis berkata, wanita berusia 22 tahun itu ditahan kerana melanggar ketenteraman.


Foto: PA

“Saya percaya bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memprotes, namun ini bukan lokasi dan masa yang betul (untuk melakukan protes).

“Ia amat biadab untuk dilakukan dalam upacara seperti ini,” kata seorang penduduk dari Livingston, Helen Smith.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 13-9-2022 09:15 AM
scotland ni masih kena jajah lg ke dengan british? patut belajar nego dulu macam malaysia. orang putih xsemua cerdik walaupun muka macam mr bean
Quote Firenzza 13-9-2022 02:02 PM
CiliPadiSedap replied at 13-9-2022 09:15 AM
scotland ni masih kena jajah lg ke dengan british? patut belajar nego dulu macam malaysia. orang put ...

Pernah dgr citer org2 scottish mmg xnk merdeka dr british sbb diorg mmg bergantung ihsan dr briton
Quote CiliPadiSedap 13-9-2022 02:28 PM
Firenzza replied at 13-9-2022 02:02 PM
Pernah dgr citer org2 scottish mmg xnk merdeka dr british sbb diorg mmg bergantung ihsan dr briton

nasib baik kita merdeka sis, kalau x pasport british muka asian   
Quote slavehunter 13-9-2022 02:30 PM
North sea oil, Scotch whiskey, Scottish Salmon semua England makan hasil. The reason referendum tu tak menjadi is because scottish people masih banyak pertalian saudara dengan English.
Quote Decaffeinated 13-9-2022 03:41 PM
cerita pasal Scotland tapi gambar kat bawah tu polis Wales

acik2 forum tak pernah pi oberc boleh lah Cari-Mal nak kencing

Quote sharlenetexas 13-9-2022 03:45 PM
Dengkike?


Quote shernazz 13-9-2022 03:48 PM
CiliPadiSedap replied at 13-9-2022 02:28 PM
nasib baik kita merdeka sis, kalau x pasport british muka asian

Ape salahnya
Boleh hari2 makan fish n.chips
Sambil.ber queen english
Quote matamata 13-9-2022 07:22 PM
Scotland, Wales and Northern Ireland
Quote matamata 13-9-2022 07:24 PM
Untuk kes ni, yg buat protest tu tak sedar sistem nilah yg mejadikan England sekarang
Quote delia3003 13-9-2022 08:23 PM
CiliPadiSedap replied at 13-9-2022 02:28 PM
nasib baik kita merdeka sis, kalau x pasport british muka asian

Kot ler ramai pulak yang kembang kempis hidung

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.149554 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top