Menyingkap semula persembahan pada minggu ketiga, peserta Terpaling Juara, di mana Shaz dikritikan hebat gara-gara tersalah lirik sewaktu membawakan lagu Purnama Merindu dendangan asal penyanyi nomor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menceritakan mengenai situasi sebenar, Shaz memberitahu pada ketika itu, fikirannya tiba-tiba menjadi kosong sehingga dia terpaksa menyebut apa sahaja perkataan yang terlintas agar tidak merosakkan persembahannya itu. “Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan punca kesilapan saya pada minggu lepas adalah disebabkan saya blank ketika di atas pentas. Sebenarnya, masa mula-mula dapat tahu saya akan membawakan lagu Tok Ti, saya rasa agak gementar kerana bukan semua orang mampu dan berani meenyanyikan lagu beliau. “Untuk nyanyian biasa mungkin boleh tetapi untuk menyanyi di pertandingan memang sangat mendebarkan. Ketika itu fikiran saya kosong dan perkataan ‘hiasan sanggul’ itu muncul secara tiba-tiba. Saya mengaku itu memang kesilapan saya,” katanya kepada MH. Lantaran itu, Shaz atau nama sebenarnya Shazreen Shaharum telah membuat permohan maaf secara terbuka dan berharap agar semua pihak dapat memberikannya peluang untuk memperbaiki kesilapannya itu. “Jadi, saya ingin memohon maaf kepada para penonton terutamanya para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya sendiri merupakan peminat beliau. Saya tahu saya telah mengecilkan hati ramai pihak kerana ini merupakan lagu kesukaan ramai. “Berilah saya peluang untuk memperbetulkan kesilapan saya ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ke-4 Terpaling Juara. Pada masa sama, Shaz turut menafikan dakwaan segelintir pihak menuduhnya sengaja ingin mengubah lirik dan tidak menghormati penulis lagu tersebut. “Saya memang ada menerima banyak mesej daripada netizen sampai saya tak terbaca, tapi saya ada juga ternampak komen-komen yang mengatakan saya seperti sengaja mengubah lirik lagu tersebut dan tidak menghormati penulis lirik. Saya menafikan tuduhan. “Bagi saya, ketika saya blank itu, kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya bukan sahaja akan menghancurkan hati saya sendiri tetapi juga kapten dan penyokong yang datang dari jauh. Itu lagi teruk. “Perkataan itu sahaja yang terlintas di hati saya. InsyaAllah saya berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesilapan itu,” akhirinya. Pada konsert minggu ke-4 itu, Shaz membawakan lagu Canggung nyanyian asal Wany Hasrita. Selepas dua minggu menggondol gelaran persembahan terbaik, rentak cemerlang itu tidak dapat diteruskan apabila tewas kepada penyanyi senior, Hazami. Shaz dan penyanyi senior, Rahmat Mega merupakan peserta dibawah bimbingan kapten, Hael Husaini. Pada konsert minggu ke-4 itu, penyanyi Ifa Raziah menjadi peserta pertama yang mengucapkan selamat tinggal bagi program Terpaling Juara. Sumber: Media Hiburan
|
miemiecha replied at 13-9-2022 09:31 AM
terpaling ni kira cam yg hebat2 dah lama jd retis ke yg masuk?
if yes cam hauk je even dah nyanyi la ...
miemiecha replied at 13-9-2022 09:31 AM
terpaling ni kira cam yg hebat2 dah lama jd retis ke yg masuk?
if yes cam hauk je even dah nyanyi la ...
laksmanabentan replied at 13-9-2022 09:48 AM
ala2 gegar vaganza uollsss... tapi version 3suku laa....
kechikchomel replied at 13-9-2022 09:52 AM
dorang bagi 3 team. tiap satu team tu, kapten dia pemenang AJL. akim,naim,hael.pastu dlm team tu a ...
miemiecha replied at 13-9-2022 02:32 PM
aa ptutlah, 3suku.. patut hauk ke mahennn
mek tgk kat ig, pas kecoh ipah ni ngamuk, yg naim tu jad ...
scrocth replied at 13-9-2022 05:38 PM
Sbnrnya konsep GV9 ptt ada penerbit muzik yang jadi mentor dorg ala2 the voice. Konsep terpaling jua ...
laksmanabentan replied at 13-9-2022 05:33 PM
naim tu sebab dia pernah menang AJL..
ala2 macam mentor ler gitu....
makton replied at 14-9-2022 08:02 AM
shaz ni penyanyi lama ke? aku tak kenal pun
laksmanabentan replied at 13-9-2022 09:48 AM
ala2 gegar vaganza uollsss... tapi version 3suku laa....
ADVERTISEMENT