CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2409|Reply: 19

Berilah Peluang Saya Betulkan Kesilapan, 'Hiasan Sanggul' Keluar Sebab Saya Blank - Shaz

[Copy link]
Post time 13-9-2022 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Menyingkap semula persembahan pada minggu ketiga, peserta Terpaling Juara, di mana Shaz dikritikan hebat gara-gara tersalah lirik sewaktu membawakan lagu Purnama Merindu dendangan asal penyanyi nomor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Menceritakan mengenai situasi sebenar, Shaz memberitahu pada ketika itu, fikirannya tiba-tiba menjadi kosong sehingga dia terpaksa menyebut apa sahaja perkataan yang terlintas agar tidak merosakkan persembahannya itu.


“Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan punca kesilapan saya pada minggu lepas adalah disebabkan saya blank ketika di atas pentas. Sebenarnya, masa mula-mula dapat tahu saya akan membawakan lagu Tok Ti, saya rasa agak gementar kerana bukan semua orang mampu dan berani meenyanyikan lagu beliau.




IG Shaz




“Untuk nyanyian biasa mungkin boleh tetapi untuk menyanyi di pertandingan memang sangat mendebarkan. Ketika itu fikiran saya kosong dan perkataan ‘hiasan sanggul’ itu muncul secara tiba-tiba. Saya mengaku itu memang kesilapan saya,” katanya kepada MH.


Lantaran itu, Shaz atau nama sebenarnya Shazreen Shaharum telah membuat permohan maaf secara terbuka dan berharap agar semua pihak dapat memberikannya peluang untuk memperbaiki kesilapannya itu.


“Jadi, saya ingin memohon maaf kepada para penonton terutamanya para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya sendiri merupakan peminat beliau. Saya tahu saya telah mengecilkan hati ramai pihak kerana ini merupakan lagu kesukaan ramai.


“Berilah saya peluang untuk memperbetulkan kesilapan saya ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ke-4 Terpaling Juara.


Pada masa sama, Shaz turut menafikan dakwaan segelintir pihak menuduhnya sengaja ingin mengubah lirik dan tidak menghormati penulis lagu tersebut.


“Saya memang ada menerima banyak mesej daripada netizen sampai saya tak terbaca, tapi saya ada juga ternampak komen-komen yang mengatakan saya seperti sengaja mengubah lirik lagu tersebut dan tidak menghormati penulis lirik. Saya menafikan tuduhan.


“Bagi saya, ketika saya blank itu, kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya bukan sahaja akan menghancurkan hati saya sendiri tetapi juga kapten dan penyokong yang datang dari jauh. Itu lagi teruk.


“Perkataan itu sahaja yang terlintas di hati saya. InsyaAllah saya berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesilapan itu,” akhirinya.




IG Shaz




Pada konsert minggu ke-4  itu, Shaz membawakan lagu Canggung nyanyian asal Wany Hasrita.


Selepas dua minggu menggondol gelaran persembahan terbaik, rentak cemerlang itu tidak dapat diteruskan apabila tewas kepada penyanyi senior, Hazami.


Shaz dan penyanyi senior, Rahmat Mega merupakan peserta dibawah bimbingan kapten, Hael Husaini.


Pada konsert minggu ke-4 itu, penyanyi Ifa Raziah menjadi peserta pertama yang mengucapkan selamat tinggal bagi program Terpaling Juara.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 09:31 AM | Show all posts
terpaling ni kira cam yg hebat2 dah lama jd retis ke yg masuk?
if yes cam hauk je even dah nyanyi lama..
ipah tu ngarut je,.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 09:48 AM | Show all posts
miemiecha replied at 13-9-2022 09:31 AM
terpaling ni kira cam yg hebat2 dah lama jd retis ke yg masuk?
if yes cam hauk je even dah nyanyi la ...

ala2 gegar vaganza uollsss... tapi version 3suku laa....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 09:52 AM | Show all posts
miemiecha replied at 13-9-2022 09:31 AM
terpaling ni kira cam yg hebat2 dah lama jd retis ke yg masuk?
if yes cam hauk je even dah nyanyi la ...

dorang bagi 3 team. tiap satu team tu, kapten dia pemenang AJL. akim,naim,hael.pastu dlm team tu ada sorang penyanyi lama, sorang bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 02:32 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 13-9-2022 09:48 AM
ala2 gegar vaganza uollsss... tapi version 3suku laa....

aa ptutlah, 3suku.. patut hauk ke mahennn
mek tgk kat ig, pas kecoh ipah ni ngamuk, yg naim tu jadi ape?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 02:33 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 13-9-2022 09:52 AM
dorang bagi 3 team. tiap satu team tu, kapten dia pemenang AJL. akim,naim,hael.pastu dlm team tu a ...

lol...
naim tu kaptenlah kat ipah.. ngarut nyer lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2022 05:33 PM | Show all posts
miemiecha replied at 13-9-2022 02:32 PM
aa ptutlah, 3suku.. patut hauk ke mahennn
mek tgk kat ig, pas kecoh ipah ni ngamuk, yg naim tu jad ...

naim tu sebab dia pernah menang AJL..
ala2 macam mentor ler gitu....

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya konsep GV9 ptt ada penerbit muzik yang jadi mentor dorg ala2 the voice. Konsep terpaling juara ni dh hampir bagus cuma xbagusnya dicampuradukkan penyanyi amatur dan penyanyi lama. Jd awkward dan mencemar reputasi artis2 lama. Dorg kena bertanding dlm liga dan level yg sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 05:43 PM | Show all posts
scrocth replied at 13-9-2022 05:38 PM
Sbnrnya konsep GV9 ptt ada penerbit muzik yang jadi mentor dorg ala2 the voice. Konsep terpaling jua ...

Kan? Apa barang si Haelina jadi kapten pada Rahmat Mega
Bertiang seniornya si Rahmat & masa zaman dia dulu, Rahmat Mega ni mendunia ok
Sekarang ni kena bermentorkan budak hingusan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 05:50 PM | Show all posts
masalahnya bukan takat hiasan sanggul je, byk jugak lirik yg dia salah sebut...aiyoo dik, lagu purnama merindu ni kalau ko betul2 minat tokti, konfem hafal la...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya hamponnnnn. Tak sekali pun aku tgk rancangan bangang ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit hati aq tpksa mngadap rancangan bodoh ni hari ahad,nak wat camne remote mak aq pegang,kalo aq yg pegang lagi rela aq off tv terus,cepat2 la abis rancangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 07:30 AM | Show all posts
Aku igt terpaling juara tu mcm dia perli.. rupanya nama rancangan.. haha.. nmpk sgt lama tak tgk tv
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 08:02 AM | Show all posts
shaz ni penyanyi lama ke? aku tak kenal pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:49 AM | Show all posts
aritu try tengok...
ya ampun... tak boleh blah.
rahmat tohak pun jadi ntah ape2 nyanyi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 10:45 AM | Show all posts
laksmanabentan replied at 13-9-2022 05:33 PM
naim tu sebab dia pernah menang AJL..
ala2 macam mentor ler gitu....

aah aahhh.. mek baru baca naim jd mentor..
kemahen yek skrg, menang satu anugerah terus jd mentor..
7 kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa amboiiii amboiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 02:50 PM | Show all posts
makton replied at 14-9-2022 08:02 AM
shaz ni penyanyi lama ke? aku tak kenal pun

Penyanyi baru dia pernah menang pertandingan anjuran Suria FM pastu dia viral nyanyi kat graduation dia lagu Marsha yang AJL tu..
Dia ni member aku punya adik.. akak2 dia yang atas tu mmang mintang Klasik tak silap dia pun sama gak selang beberapa tahun .. akaknya yang sulung menyanyi jugak la tapi peringkat biashe2 jer.. yang menjadi dia ni la rasanya dia amek musik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 02:53 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 13-9-2022 09:48 AM
ala2 gegar vaganza uollsss... tapi version 3suku laa....

sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Errr errr ada tak bidio sheols nyanyi tu
Tepek lerrrr
Hihihihi m
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:36 PM | Show all posts
tak pernah tgk .. tau pasal drama ifa raziah je.. tp tk iingin pula nk tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 71092 Replies : 4106
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 47649 Replies : 368
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 129317 Replies : 1841
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 105502 Replies : 4297
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 35020 Replies : 122
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 221946 Replies : 1766
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75849 Replies : 715
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 48444 Replies : 51
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 27265 Replies : 501
[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu, Chae Won Bin, Han Ye Ri ~ 11 October 2024
Rahah[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu,
Views : 44273 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053840 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list