Seorang pelajar di Britain memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua peperiksaan walaupun tidak boleh membaca dan menulis, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Keupayaan membaca Oliver Chadwick, 18, adalah sama seperti kanak-kanak berusia enam tahun selain mengalami disleksia (gangguan membaca, menulis dan mengeja) yang sangat teruk. Bagaimanapun, Oliver memperoleh gred A*AA dalam keputusan sijil A-Level yang merupakan peperiksaan paling sukar di peringkat sekolah menengah. Dia ketika ini sedang membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Bristol.
Laman berita Somerset Live melaporkan bahawa Oliver lebih mengalami kesukaran untuk membaca papan tanda. “Disleksia banyak memberi kesan kepada saya walaupun hanya sedikit dari sudut pandangan anda. “Apabila orang mengetahui anda tidak boleh membaca atau menulis, mereka fikir anda tidak boleh melakukan apa-apa. Tetapi ia hanya menjejaskan saya apabila tidak boleh membaca papan tanda,” katanya. Apabila melanjutkan pelajaran di Sekolah Ralph Allen, Oliver melalui kebanyakan pelajarannya dengan mendengar apa yang guru-guru katakan. Dia mempunyai pembantu pengajar untuk beberapa subjek, walaupun mendapati ia sukar apabila mereka berubah. Oliver mempunyai bilik peperiksaan khas supaya dia boleh menentukan jawapannya kepada jurutulis. Dia tetap cergas semasa peperiksaan kerana tidak mempunyai pilihan untuk cemas sebelum tempoh tamat. “Tiada guna untuk tertekan. Saya sentiasa tenang kerana selalu ada sesuatu yang terlupa untuk jawapan, tetapi perlu menerimanya dan teruskan,” jelasnya. Sumber: Kosmo
|
TOPwind replied at 13-9-2022 05:39 PM
Ada kesah dulu2 saorang budak sekolah ugama tak boleh membaca jawi dan menulis
jawab macm kilat sem ...
ADVERTISEMENT