Ingin lari menjayakan watak klise, pelakon Shiqin Kamal mahu mengelak memegang karakter wanita penggoda atau ‘gedik’ dalam mana-mana drama lakonannya.
Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd. Kamal, 31, memberitahu, pendirian tersebut dilakukan kerana enggan menjatuhkan darjat seorang wanita dengan paparan sebegitu. “Saya memang elak watak wanita perampas, penggoda atau gedik. “Sebab darjat seorang wanita lebih dari itu. Mengapa saya yang juga seorang wanita perlu merendahkan imej kaum sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar filem Ada Hantu 2 baru-baru ini.
|
Hoshhi: Dia cantik tp x boleh jd heroi ...
ADVERTISEMENT