CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1325|Reply: 8

Shiqin Kamal Tak Nak Jadi Wanita Perampas, Penggoda Atau Gedik

[Copy link]
Post time 12-9-2022 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Ingin lari menjayakan watak klise, pelakon Shiqin Kamal mahu mengelak memegang karakter wanita penggoda atau ‘gedik’ dalam mana-mana drama lakonannya.


Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd. Kamal, 31, memberitahu, pendirian tersebut dilakukan kerana enggan menjatuhkan darjat seorang wanita dengan paparan sebegitu.


Foto: IG




“Saya memang elak watak wanita perampas, penggoda atau gedik.


“Sebab darjat seorang wanita lebih dari itu. Mengapa saya yang juga seorang wanita perlu merendahkan imej kaum sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar filem Ada Hantu 2 baru-baru ini.




  



Tambah pelakon drama Risik Pada Hati itu, selain watak perampas, dia sebaliknya mahu memegang karakter antagonis yang diketuai oleh kaum wanita seperti ketua gengster.


Katanya, walaupun karakter tersebut jahat, namun tetap boleh meletakkan pangkat yang dipegang wanita lebih tinggi berbanding lelaki.




  



“Jika diberi peluang, saya nak pegang watak antagonis yang diketuai oleh kaum wanita.


“Memang watak sebegitu agak kejam dan dibenci tetapi melalui karakter antagonis juga boleh mengangkat kaum wanita.




  



“Tak mahulah pegang watak perempuan jahat tetapi menjadi orang suruhan atau paparkan imej negatif. Saya nak tunjuk tingginya darjat wanita walaupun dari sisi yang gelap,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cantik tp x boleh jd heroin sebab pmpuan yg jd heroin muka kena innocent..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 03:49 PM | Show all posts
sesuai la dengan mukanya apa pulak tak nak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 04:20 PM | Show all posts
hidung dia mancung betul macam amita bachan
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi: Dia cantik tp x boleh jd heroi ...


Betul. Dia sesuai watak antagonist. So, susah lah nk dpt heroin.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu yeye taknak belakon drama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam lain skit muka sheols skrg...dulu jadi psycho dlm wedding planner menjadik giler..bila watak sheols keluar je mesti emosi terganggu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
she cantik la..tapi memang sesuai watak antagonis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2022 10:09 PM | Show all posts
Edited by dudaberhias at 12-9-2022 10:11 PM

masalahnya itu lah watak yang macik2 marhaen suka main kutu suka tengok kat TV3 sampai dah isya baru dia solat mahgrib...

kalau kau demand nak watak macamtu hanya layak untuk karya di netflix atau viu jah dikkkk...

kalau TV3, RTM atau astro.... terpaksa hadap je lah asalkan duit masuk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.074503 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list