CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Tak Sedar Buah Pinggang Satu Dah Hilang Dijual Suami! Dapat Duit, Lari Kahwin Lain

12-9-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1338| Komen: 9

New Delhi: Seorang wanita di Malkangiri, India terkedu selepas mengetahui satu buah pinggangnya sudah dijual suaminya, empat tahun lalu.

Ranjita Kundu, 31, kemudiannya membuat laporan polis terhadap suaminya Prasant Kundu pada Rabu, lapor Times of India.

Rahsia itu terbongkar selepas Ranjita mengadu sakit perut dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Doktor yang menjalankan pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan satu buah pinggangnya sudah tiada.


Foto: Agensi

Mengingati kembali kejadian, Ranjita memaklumkan dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana dikatakan ada ketulan batu.


"Ketika mendapatkan rawatan, suami menjual satu buah pinggang tanpa pengetahuan saya kerana dalam keadaan tidak sedar akibat dibius," katanya.

Ranjita memaklumkan suaminya seorang warga Bangladesh dan mereka sudah berkahwin selama 12 tahun dengan memiliki dua anak.

"Lapan bulan lalu, suami pergi ke Andhra Pradesh untuk bekerja dan bernikah dengan wanita lain di sana.

"Kakak ipar pula kerap menyeksa saya dan sentiasa menyokong segala keputusan suami," katanya.

Dia berkata, suaminya kini tidak lagi menjenguk dia dan dua anak mereka.

"Sekarang, saya tinggal di rumah ibu bapa dan kini tampil untuk mendapat keadilan," katanya.

Polis Malkangiri mengesahkan laporan yang dibuat wanita terbabit dan siasatan lanjut sudah dijalankan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 12-9-2022 11:34 AM
Nak kawen lain jual buah pinggang isteri. Terlebih bijak suami dia ni. Buah pinggang sendiri takmo jual.
Quote pocongkiutss 12-9-2022 11:37 AM
Barbie punya laki
Quote Artemesiaa 12-9-2022 11:51 AM
Kejinya perbuatan moga kedua2 buah pingangnya pulak yang cepat rosak nanti
Quote krustykrab 12-9-2022 11:57 AM
Kejinya jantan ni
Semoga segala buah ko dijual.pulak oleh bini baru
Quote 3chanceno 12-9-2022 12:17 PM
Species jantan tak guna nanti bini no.2 apa pulak akal dia nanti
Quote plywood 12-9-2022 12:26 PM
gila punya orang
Quote Perawankota 12-9-2022 05:43 PM
Umur 31 tapi, muka dh mcm nk masuk 50
Quote nenekglamer 12-9-2022 05:45 PM
Kiranya jantan melayu baik sikit la. Nk kawen lg satu just tunggang agama janjikan payung emas kt bini je. Xde sampai curi buah pinggang.
Quote Highflyer19 12-9-2022 10:04 PM
Betul2 buat naya kt bini

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.045181 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top