View: 933|Reply: 9
|
Isteri Tak Sedar Buah Pinggang Satu Dah Hilang Dijual Suami! Dapat Duit, Lari Kahwin Lain
[Copy link]
|
|
New Delhi: Seorang wanita di Malkangiri, India terkedu selepas mengetahui satu buah pinggangnya sudah dijual suaminya, empat tahun lalu.
Ranjita Kundu, 31, kemudiannya membuat laporan polis terhadap suaminya Prasant Kundu pada Rabu, lapor Times of India.
Rahsia itu terbongkar selepas Ranjita mengadu sakit perut dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Doktor yang menjalankan pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan satu buah pinggangnya sudah tiada.
 Foto: Agensi
Mengingati kembali kejadian, Ranjita memaklumkan dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana dikatakan ada ketulan batu.
"Ketika mendapatkan rawatan, suami menjual satu buah pinggang tanpa pengetahuan saya kerana dalam keadaan tidak sedar akibat dibius," katanya.
Ranjita memaklumkan suaminya seorang warga Bangladesh dan mereka sudah berkahwin selama 12 tahun dengan memiliki dua anak.
"Lapan bulan lalu, suami pergi ke Andhra Pradesh untuk bekerja dan bernikah dengan wanita lain di sana.
"Kakak ipar pula kerap menyeksa saya dan sentiasa menyokong segala keputusan suami," katanya.
Dia berkata, suaminya kini tidak lagi menjenguk dia dan dua anak mereka.
"Sekarang, saya tinggal di rumah ibu bapa dan kini tampil untuk mendapat keadilan," katanya.
Polis Malkangiri mengesahkan laporan yang dibuat wanita terbabit dan siasatan lanjut sudah dijalankan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kawen lain jual buah pinggang isteri. Terlebih bijak suami dia ni. Buah pinggang sendiri takmo jual. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejinya perbuatan moga kedua2 buah pingangnya pulak yang cepat rosak nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Kejinya jantan ni
Semoga segala buah ko dijual.pulak oleh bini baru |
|
|
|
|
|
|
|
Species jantan tak guna nanti bini no.2 apa pulak akal dia nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 31 tapi, muka dh mcm nk masuk 50 |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya jantan melayu baik sikit la. Nk kawen lg satu just tunggang agama janjikan payung emas kt bini je. Xde sampai curi buah pinggang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|