CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Urhan Raja Syahiran, Nama Anak Uyaina Arshad

12-9-2022 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1802| Komen: 5

Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran sepakat menamakan anak sulung lelaki mereka sebagai Raja Urhan Raja Syahiran.

Pengacara yang popular menerusi program Wanita Hari Ini itu berkata, Urhan diambil daripada nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Ghazi yang juga bermaksud pemimpin yang hebat.

Foto: IG

“Assalamualaikum semua! Meet (berjumpa) dengan Raja Urhan Raja Syahiran,” tulis mereka dalam Instagram.

“Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil daripada nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.


“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepad ramai orang, Aamiinn,” katanya.



Terdahulu, pengacara program Wanita Hari Ini itu selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 8 September (Khamis) lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Uyaina, 30, dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis perkahwinan di ibu negara.



Sementara, pada 2 April lalu, dia mengesahkan berita kehamilan kepada umum selepas sering diasak dengan soalan mengenai ‘baby bump’ yang kelihatan semakin membesar sebelum mengumumkan jantina kandungannya pada bulan lalu.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 12-9-2022 11:07 AM
kerabat mana raja syahiran ni

pandai menari die ni
masuk dansa dan sing 2, 3 thn lps
best jgk show ni
syg dh xde
maybe sbb kebanyakan bbnu tau nyanyi jek
Quote missbigrockstar 12-9-2022 11:49 AM
supernaturalee replied at 12-9-2022 11:07 AM
kerabat mana raja syahiran ni

pandai menari die ni

Steady dia menari. Tak pernah tgk rancangan ni tapi pernah tgk tiktok shahiran ni menari dgn abg ummi nazeera dan daiyan. Daiyan sorang je kaku kekok menari
Quote prince_marhaen 12-9-2022 12:00 PM
walaupun pasangan terpaling cringe...meols tetap nak ucapkan tahniah ye dik...
Quote 3chanceno 12-9-2022 12:05 PM
Edited by 3chanceno at 12-9-2022 12:06 PM

Tahniah kepada ibubapa baby...semuga menjadi anak yg soleh...

Laki dia nie kerja apa sebenarnya? Takkan nyanyi je nak tanggung famili?#tanyajer

Kesian jugak dengar arwah abangnya meninggal sebelum dia bersalin...semuga famili tabah menghadapi ujian
Quote awenda507 12-9-2022 02:38 PM
tahniah. moga membesar dgn sht ya nakkk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.118955 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top