CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Setuju Konsert Artis Di Malaysia- Prof Muhaya Menyanyi, Berhibur Dengan Suami Di Rumah Je

12-9-2022 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4426| Komen: 49

“Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja”.

Itu respons oleh pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad tentang isu kebanjiran konsert artis antarabangsa di Malaysia sehingga dikatakan menjadi sebab penularan budaya hedonisme (kehidupan yang mementingkan keseronokan).


Ujar Muhaya, dia tidak bersetuju terhadap apa jua acara yang tidak mendapat keredaan daripada Allah SWT.

Foto: Google

“Apa-apa yang Allah tidak reda, saya tak setuju. Salah satu tanda Allah SWT sayangkan seseorang apabila dia (umat) tidak menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.


“Perkara yang sia-sia itu ialah perbuatan yang tidak memberatkan timbangan di padang Mahsyar nanti. Malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.

“Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka,” katanya.

Ujarnya lagi, jika seseorang bertanyakan kepadanya tentang penganjuran konsert artis luar negara di Malaysia, Muhaya menyarankan masyarakat supaya meletakkan dahulu lima perkara yang disebutkan tadi sebelum membuat sesuatu keputusan.

Bagaimanapun, Muhaya menjelaskan dia tidak berniat untuk menghukum atau menghakimi sesiapa dan hanya memberikan pendapat atas pandangannya secara peribadi.

“Berkenaan dengan hukum, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada mereka yang lebih arif,” katanya.

Dalam pada itu, Muhaya yang ditemui ketika Seminar Transformasi Prof. Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ baru-baru ini mendedahkan ramai individu yang terkesan terutama daripada sudut emosi dan perasaan selepas pandemik Covid-19 melanda di seluruh dunia.

Dalam program tersebut, Muhaya menjawab dan mencari solusi bersama peserta-peserta yang hadir untuk menangani masalah tersebut.

“Program PMC ini berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Alhamdulillah program ini telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.

“Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stres, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stres.

“Pada kali ini lebih 500 orang yang menyertai PMC yang pertama kali diadakan secara bersemuka. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan,” katanya lagi.

Dalam program tersebut, turut dihadiri beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Datin Lisa Surihani, Tya Arifin, Hafiz Hamidun, Mia Ahmad, Wany Hasrita dan Amira Othman. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-9-2022 11:11 AM
iya.....mencapub la selagi boleh...ala-ala setazah bieber tiap2 pagi live tiktok tu... pasal artis & dunia hiburan semua number one nak komen... pasal penumggang agama main poen, main jubo anak-anak orang...reserved komen demi menjaga aib..... tunggangggggggg selagi boleh tungganggg... dah glamor boleh tekan harga yahudi dekat klinik mata.. gittew
Quote lyshafull 12-9-2022 11:22 AM
Jual telekung nk bawak semnhyang kemain mahal
Tuhan redha tak ko jual bnde mahal untk bawak sembhyang?

sila cermin diri sendiri buat untk agama or poket sendiri
Quote FOTHER-MUCKER 12-9-2022 11:26 AM
Jadi disebabkan engkau suka menyanyi bersama suami dirumah maka satu Malaysia mesti ikut cara engkAu berhibur?



Quote Artemesiaa 12-9-2022 11:27 AM
lyshafull replied at 12-9-2022 11:22 AM
Jual telekung nk bawak semnhyang kemain mahal
Tuhan redha tak ko jual bnde mahal untk bawak sembhya ...

Kannn ... kadang2 ada baiknya kurang berkata2 jangan jadi tikus membaiki labu.  
Quote ezacbee 12-9-2022 11:31 AM
Prof sedar suara dia tak sedap sbb tu nyanyi dalam umah je.

Kalau sedap mau kalah DCT.
Quote stingerbumpy 12-9-2022 11:37 AM
Moga bampatahalmulk boleh beri seFATAH dua kata...
Quote AbukRokok 12-9-2022 11:37 AM
xdak laif

alhamdulillah dj soda dan alan walker selamat mengoncert di kuching minggu lepas
Quote elzy 12-9-2022 11:39 AM
Hormat cara masing-masing Prof..
Quote kakikuDibibirmu 12-9-2022 11:40 AM
Semakin ramai forumer yang hatinya berkeladak
Quote kakikuDibibirmu 12-9-2022 11:40 AM
Ustazah Kentot Faraj tersenyum sinis
Quote kessah 12-9-2022 11:46 AM
hmmm yelahhhh2
Quote AshkieLa 12-9-2022 11:49 AM
so masa letak harga telekung.. harga treatment mata..
pikir tak 5 perkara tu? sembangg....
rumah ko besar gabak.. boleh la dok terperuk dah ko pun wanita yg "bodoh" mcm yg ko sarankan dulu..
Quote cutieslilies 12-9-2022 11:51 AM
bisness x laku kaa skrg..diam2 duk umah jaa laa..
Quote Skuau 12-9-2022 11:57 AM
Edited by Skuau at 12-9-2022 11:58 AM
AbukRokok replied at 12-9-2022 11:37 AM
xdak laif

alhamdulillah dj soda dan alan walker selamat mengoncert di kuching minggu lepas


Mungkin ada baiknya konsert artis luar bg kt Sabah,Swak  jer....depa boleh buat 'pelancongan hiburan'...sambil elakan...'syarahan spt ini'.
Quote tahanie 12-9-2022 11:58 AM
Aik dah tak comolot dengan fazura ke? Dia sendiri pun kapitalis, jual air liur - pakar mata but act motivator, buat statement bodoh, the list goes on.
Quote plywood 12-9-2022 12:29 PM
Dia ni betulkah ada title prof
Quote renko 12-9-2022 12:59 PM
ingat kan berzikir mengaji apa bagai situa ni
rupanya kemaruk nk menyanyi gak
Quote MsIda 12-9-2022 01:05 PM
Tak minat dok diam2 sudah ...         menyanyi jelah kat rmh dgn en shuben sampai ajm ..
Quote KIM.K 12-9-2022 01:11 PM
Prof gundu kaki micromanage ni reti ke menghiburkan somi
Ada pompuan tanya dia kena bantai dgn laki apa nak buat. PM suruh sabor dan berdoa.
Sorang wartawan lain bg pendapat selamatkan diri. Cerdik media presenter tu lagi

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041153 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top