View: 3969|Reply: 48
|
Tak Setuju Konsert Artis Di Malaysia- Prof Muhaya Menyanyi, Berhibur Dengan Suami Di Rumah Je
[Copy link]
|
|
“Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja”.
Itu respons oleh pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad tentang isu kebanjiran konsert artis antarabangsa di Malaysia sehingga dikatakan menjadi sebab penularan budaya hedonisme (kehidupan yang mementingkan keseronokan).
Ujar Muhaya, dia tidak bersetuju terhadap apa jua acara yang tidak mendapat keredaan daripada Allah SWT.
 Foto: Google
“Apa-apa yang Allah tidak reda, saya tak setuju. Salah satu tanda Allah SWT sayangkan seseorang apabila dia (umat) tidak menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.
“Perkara yang sia-sia itu ialah perbuatan yang tidak memberatkan timbangan di padang Mahsyar nanti. Malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.
“Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka,” katanya.
Ujarnya lagi, jika seseorang bertanyakan kepadanya tentang penganjuran konsert artis luar negara di Malaysia, Muhaya menyarankan masyarakat supaya meletakkan dahulu lima perkara yang disebutkan tadi sebelum membuat sesuatu keputusan.
Bagaimanapun, Muhaya menjelaskan dia tidak berniat untuk menghukum atau menghakimi sesiapa dan hanya memberikan pendapat atas pandangannya secara peribadi.
“Berkenaan dengan hukum, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada mereka yang lebih arif,” katanya.
Dalam pada itu, Muhaya yang ditemui ketika Seminar Transformasi Prof. Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ baru-baru ini mendedahkan ramai individu yang terkesan terutama daripada sudut emosi dan perasaan selepas pandemik Covid-19 melanda di seluruh dunia.
Dalam program tersebut, Muhaya menjawab dan mencari solusi bersama peserta-peserta yang hadir untuk menangani masalah tersebut.
“Program PMC ini berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Alhamdulillah program ini telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.
“Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stres, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stres.
“Pada kali ini lebih 500 orang yang menyertai PMC yang pertama kali diadakan secara bersemuka. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan,” katanya lagi.
Dalam program tersebut, turut dihadiri beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Datin Lisa Surihani, Tya Arifin, Hafiz Hamidun, Mia Ahmad, Wany Hasrita dan Amira Othman. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
iya.....mencapub la selagi boleh...ala-ala setazah bieber tiap2 pagi live tiktok tu... pasal artis & dunia hiburan semua number one nak komen... pasal penumggang agama main poen, main jubo anak-anak orang...reserved komen demi menjaga aib..... tunggangggggggg selagi boleh tungganggg... dah glamor boleh tekan harga yahudi dekat klinik mata.. gittew |
|
|
|
|
|
|
|
Jual telekung nk bawak semnhyang kemain mahal
Tuhan redha tak ko jual bnde mahal untk bawak sembhyang?
sila cermin diri sendiri buat untk agama or poket sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi disebabkan engkau suka menyanyi bersama suami dirumah maka satu Malaysia mesti ikut cara engkAu berhibur?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannn ... kadang2 ada baiknya kurang berkata2 jangan jadi tikus membaiki labu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Prof sedar suara dia tak sedap sbb tu nyanyi dalam umah je.
Kalau sedap mau kalah DCT.  |
|
|
|
|
|
|
|
Moga bampatahalmulk boleh beri seFATAH dua kata... |
|
|
|
|
|
|
|
xdak laif
alhamdulillah dj soda dan alan walker selamat mengoncert di kuching minggu lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Hormat cara masing-masing Prof.. |
|
|
|
|
|
|
|
so masa letak harga telekung.. harga treatment mata..
pikir tak 5 perkara tu? sembangg....
rumah ko besar gabak.. boleh la dok terperuk dah ko pun wanita yg "bodoh" mcm yg ko sarankan dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
bisness x laku kaa skrg..diam2 duk umah jaa laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 12-9-2022 11:58 AM
AbukRokok replied at 12-9-2022 11:37 AM
xdak laif
alhamdulillah dj soda dan alan walker selamat mengoncert di kuching minggu lepas
Mungkin ada baiknya konsert artis luar bg kt Sabah,Swak jer....depa boleh buat 'pelancongan hiburan'...sambil elakan...'syarahan spt ini'. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik dah tak comolot dengan fazura ke? Dia sendiri pun kapitalis, jual air liur - pakar mata but act motivator, buat statement bodoh, the list goes on. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni betulkah ada title prof |
|
|
|
|
|
|
|
ingat kan berzikir mengaji apa bagai situa ni
rupanya kemaruk nk menyanyi gak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat dok diam2 sudah ... menyanyi jelah kat rmh dgn en shuben sampai ajm ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Prof gundu kaki micromanage ni reti ke menghiburkan somi
Ada pompuan tanya dia kena bantai dgn laki apa nak buat. PM suruh sabor dan berdoa.
Sorang wartawan lain bg pendapat selamatkan diri. Cerdik media presenter tu lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|