CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ifa Raziah Akur Jadi Peserta Pertama Tersingkir Terpaling Juara, Percaya Rezeki Allah Luas

12-9-2022 10:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3218| Komen: 22|Original author: Tatod

Sumber Media Hiburan


Penyanyi, Ifa Raziah akur menjadi peserta pertama yang tersingkir di program realiti, Terpaling Juara kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program tersebut.

Memetik laporan Media Hiburan, Ifa yang membawakan lagu Purnama, nyanyian asal kapten pasukannya, Naim Daniel, menunjukkan perubahan dan meraih komen positif pihak juri namun tidak cukup untuk menyelamatkannya.


"Saya akur tersingkir pada minggu ini. Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan undian online saya rendah tetapi mendapat markah tinggi daripada pihak juri.

"Mungkin peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.

"Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjakanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini," katanya.


Walaupun tersingkir pada minggu keempat, Ifa bagaimanapun akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang 'bertepuk tangan' dengan penyingkirannya itu.

Katanya, ia bukanlah satu pengakhiran tetapi permulaan baharu dan baik untuknya.

"Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tetapi ia tidak mematahkan semangat saya.

"Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relevan dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.

"Saya okey sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya. Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakana dan dipertikaikan. Reda itu penting.  Kalau tak reda, hati tak akan tenang," katanya.


Sementara itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh nikmat dalam hidupnya.

"Saya sifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh nikmat. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin dengan lebih dekat. Saya juga minya dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.


"Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya selepas menyelar saya sebagai seorang istidraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.

"Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote per706 12-9-2022 10:18 AM
Nora bagi sejuta Ha,takat org komen ko nak tunding kiri kanan depan belakang kuar je la cik kak. Da mmg ko nyanyi sedih! Sbb tahap "now every pig can fly" tpi hakikatnya suara man hado..pening pale hattan dgr suara ko.
Quote makadek 12-9-2022 10:19 AM
Suara ngko mmmg hauk
Quote cikatilia 12-9-2022 10:30 AM
muka heshe dlm tv mcm lelaki aku tgk semlm
Quote Janetnasuha 12-9-2022 10:41 AM
tak best tak best
Quote Kampungpeoplesz 12-9-2022 11:25 AM
Kalau dah hauk tu tetap lah hauk suara ko nekpah oi ada hati nak masuk pertandingan
Quote kaseh80 12-9-2022 11:32 AM
Masih mendongak Dan riak
nmpk nau dah kertu
Quote renko 12-9-2022 11:34 AM
mampuih la sana situa bontot ni
Quote awenda507 12-9-2022 02:31 PM
tak penah tgk rncgn ni
Quote mizruncing 12-9-2022 03:15 PM
bangga ustazah mntk maaf ngan dia. nak jgk mention kauuu
Quote bulalof 12-9-2022 03:18 PM
kira dah habis berjaya la tu sambil mengatakan org lain static saja..........
Quote alieyrina 12-9-2022 05:40 PM
Aduii lawakk ja dia nyanyi? Ku x tgk rncgn ni. Yg haritu rehearsal lagu ella pun cam lawakk.
Konfiden naw pemenat tak dan undi yaa sis.
Tok tan saja cakap mcm tu tp fakta lain an an an
Quote swimswim 12-9-2022 06:09 PM
Satu yg boleh dipuji ialah keyakinan diri walaupun..
Quote epal_putih 12-9-2022 06:21 PM
Kak efah kan dan kaya
Apolaa sgt ranc ni
Kan...kan..
Quote Adrif 12-9-2022 10:39 PM
cop, undian online??

masih wujud lagi rupanya undian para penonton dan peminat ni. aiyo den tak tau

plus, rancangan ni pun den tak tau wujud, sampai la naik thread ni
Quote HappyGumbira 12-9-2022 10:51 PM
kata bnyk nau duit. upah la komposer cipta lagu yg sedap2. mcm DSV tu. ada lagu sedap terutama bila penyanyi lain buat cover la. ni kami pun xtau ko yg kononnya bpuluh tahun dlm industri ni ada lagu apa cik ipah oi
Quote whimsicalmusic 13-9-2022 12:01 AM
Bkn da kaya ke? Apesal hadap lg nk masuk rancangan mcm ni? Sbb kena hype tao kewujudan ko br product laris gituh?? Still nk justify psl undian rendah markah juri tinggi bagai..so now nmpk la kn netz mmg xsuka ko..ckp semua peminat dtg tgk mlm tu xsmpt undi..sedeh nya brape org la sgt tu peminat kalo muat tmpt tu hahhahah
Quote pearl.silver 13-9-2022 12:05 AM
Sebab ada ipa puk puk ni la i xtgk rancangan ni.
Quote DeLuna85 14-9-2022 10:47 AM
Ya rezeki Allah luas dan rezeki makcik bukan dalam nyanyian. Teruskan jadi pencacai scammer
Quote maslo 14-9-2022 03:23 PM
cikatilia: muka heshe dlm tv mcm lelaki aku tgk semlm


dagu  pun dah jatuh kebawah ...byk sgt repair muke

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.274506 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top