Sumber Media Hiburan
Penyanyi, Ifa Raziah akur menjadi peserta pertama yang tersingkir di program realiti, Terpaling Juara kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program tersebut.
Memetik laporan Media Hiburan, Ifa yang membawakan lagu Purnama, nyanyian asal kapten pasukannya, Naim Daniel, menunjukkan perubahan dan meraih komen positif pihak juri namun tidak cukup untuk menyelamatkannya.
"Saya akur tersingkir pada minggu ini. Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan undian online saya rendah tetapi mendapat markah tinggi daripada pihak juri.
"Mungkin peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.
"Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjakanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini," katanya.
Walaupun tersingkir pada minggu keempat, Ifa bagaimanapun akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang 'bertepuk tangan' dengan penyingkirannya itu.
Katanya, ia bukanlah satu pengakhiran tetapi permulaan baharu dan baik untuknya.
"Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tetapi ia tidak mematahkan semangat saya.
"Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relevan dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.
"Saya okey sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya. Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakana dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati tak akan tenang," katanya.
Sementara itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh nikmat dalam hidupnya.
"Saya sifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh nikmat. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin dengan lebih dekat. Saya juga minya dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.
"Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya selepas menyelar saya sebagai seorang istidraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.
"Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT," katanya. -CARI
|