CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Mangsa Buat Laporan Selebriti Lakukan Amang Seksual

10-9-2022 08:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2962| Komen: 7

Polis menerima empat laporan daripada mangsa-mangsa amang seksual yang didakwa membabitkan seorang selebriti yang kini direman enam hari sejak 9 September lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dua laporan diterima di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 30 Ogos lalu dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan Kajang.


Utusan

“Kebenaran tahanan reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret selepas pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor membuat tangkapan ke atas selebriti berkenaan pada  pukul 4 petang Khamis lalu di IPK.

“Siasatan awal mendapati, selebriti warga tempatan yang berkenalan dengan kesemua pengadu dalam program motivasi yang diadakan di sekolah di sekitar negeri ini. Hasil perkenalan tersebut, selebriti itu didakwa melakukan jenayah amang seksual fizikal kepada semua pengadu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Arjunaidi mengesahkan tangkapan ke atas seorang selebriti berusia 40-an bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Perbuatan selebriti  itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis di IPD Klang Selatan. 

Arjunaidi memaklumkan, siasatan ke atas selebriti itu  dilakukan  di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian ini kerana akan menjejaskan siasatan dan boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 10-9-2022 10:23 PM
daku awal sgt ka??
Quote missyL 10-9-2022 10:58 PM
matbad: daku awal sgt ka??


Pu azman katenye
Quote pocongkiutss 10-9-2022 11:17 PM
matbad replied at 10-9-2022 10:23 PM
daku awal sgt ka??

kt gosip tempatan dh berpagepage dah
Quote matbad 10-9-2022 11:26 PM
pocongkiutss replied at 10-9-2022 11:17 PM
kt gosip tempatan dh berpagepage dah

patut diam aku yg lambat hahahahhaa
Quote gideoncross 11-9-2022 09:50 PM

Ya ampunnnn.
Quote Orix 11-9-2022 09:51 PM
empat yach.. hmmm
Quote Gingerly 11-9-2022 10:01 PM
Lain kali, dah tau hidup pakai nafsu kotor,.. Tak payah ler mengakui diri pendakwah islam dengan gelaran glamor setad, pu dsbg.. Munafik nak mampsss. Bukak jela kopiah kepam korang jangan buat busuk agama.... Sama jah semua yg i pernah jumpa pendakwah2 kepam ni 100% tiptop munafik  terbangsat kahkahkahkah....semoga tohan mengampuni dan membasmi nafsu kotor mereka iiteww

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.028856 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top