CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1938|Reply: 7

4 Mangsa Buat Laporan Selebriti Lakukan Amang Seksual

[Copy link]
Post time 10-9-2022 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Polis menerima empat laporan daripada mangsa-mangsa amang seksual yang didakwa membabitkan seorang selebriti yang kini direman enam hari sejak 9 September lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dua laporan diterima di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 30 Ogos lalu dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan Kajang.




Utusan




“Kebenaran tahanan reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret selepas pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor membuat tangkapan ke atas selebriti berkenaan pada  pukul 4 petang Khamis lalu di IPK.


“Siasatan awal mendapati, selebriti warga tempatan yang berkenalan dengan kesemua pengadu dalam program motivasi yang diadakan di sekolah di sekitar negeri ini. Hasil perkenalan tersebut, selebriti itu didakwa melakukan jenayah amang seksual fizikal kepada semua pengadu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Terdahulu, Arjunaidi mengesahkan tangkapan ke atas seorang selebriti berusia 40-an bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.


Perbuatan selebriti  itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis di IPD Klang Selatan.


Arjunaidi memaklumkan, siasatan ke atas selebriti itu  dilakukan  di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian ini kerana akan menjejaskan siasatan dan boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
daku awal sgt ka??
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
matbad: daku awal sgt ka??


Pu azman katenye
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 10-9-2022 10:23 PM
daku awal sgt ka??

kt gosip tempatan dh berpagepage dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 10-9-2022 11:17 PM
kt gosip tempatan dh berpagepage dah

patut diam aku yg lambat hahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2022 09:50 PM | Show all posts

Ya ampunnnn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2022 09:51 PM | Show all posts
empat yach.. hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali, dah tau hidup pakai nafsu kotor,.. Tak payah ler mengakui diri pendakwah islam dengan gelaran glamor setad, pu dsbg.. Munafik nak mampsss. Bukak jela kopiah kepam korang jangan buat busuk agama.... Sama jah semua yg i pernah jumpa pendakwah2 kepam ni 100% tiptop munafik  terbangsat kahkahkahkah....semoga tohan mengampuni dan membasmi nafsu kotor mereka iiteww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.068089 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list