CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Kecaman Punca Amy Mastura Tak Masuk Program Pertandingan

9-9-2022 05:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4684| Komen: 64|Original author: Tatod

SUMBER IG


Ketika rakan seangkatan lain masing-masing menunjukkan bakat di pentas program pertandingan, pelakon dan penyanyi, Amy Mastura bagaimanapun menolak menyertai sebarang acara seperti itu kerana enggan membuka ruang terhadap kecaman.

Menerusi laporan Kosmo! Online, Amy bagaimanapun mendedahkan sering kali dipujuk beberapa produksi, namun buat masa ini dia lebih selesa menjalani kehidupan tenang tanpa tekanan sekeliling.


"Sejujurnya, saya takut nak masuk mana-mana pertandingan nyanyian. Mungkin saya memang jenis tak suka tekanan. Jadi, saya elakkan. Saya nak tenang-tenang saja.

"Biarlah orang kata saya tolakj peluang keemasan. Apabila kita memilih kehidupan kurang tekanan bermakna kita juga kena kurang dedahkan diri untuk dikritik.

"Anugerah dan bakat yang Allah beri pun bukan untuk saya terlampau terbuka. Maksudnya, biarlah saya begini saja, bersederhana dalam kehidupan dan kerjaya.


"Kali terakhir saya naik pentas adalah Super Spontan Superstar 2017, itu pun bukan pertandingan nyanyian," katanya.

Wanita berusia 51 tahun itu menjelaskan, penyertaannya dalam arena hiburan yang pada awal dulu sekadar mencuba nasib dan sehingga kini mampu terus bertahan.

"Apa yang saya cita-citakan dulu tidak sebesar ini malah hakikatnya dari dulu sampai sekarang saya dapat lebih lagi dalam dunia hiburan.

"Sebenarnya waktu itu saya nak buat satu album saja sebab mahu dengar suara sendiri dalam radio. Tapi tak sangka terus diterima dan kurang terdedah kontroversi.


"Tidak bermakna saya baik kerana tiada kisah sensasi sebaliknya saya bersyukur Allah jaga aib saya. Lagipun dulu tiada media sosial yang dedah semua perkara.

"Setakat ini saya masih waspada apabila menggunakan sosial media. Biarlah content biasa-biasa tunjuk aktiviti kerja, janji saya tidak melampau," katanya yang ingin dikenali kerana perkara baik dan bukan sebaliknya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 9-9-2022 06:00 PM
taw tahap diri sendiri.. klau x bole bawa.. chill2 sudah.. suka Amy dari dulu lg..
Quote yusuke22 9-9-2022 06:42 PM
Dlu2 zmn dia tgh aktif mnyanyi mmg hancus live dia. .suara bgetar2... yg peliknya ms asia bgs, suara dia ok kot. .
Quote woven11 9-9-2022 06:55 PM
Kalau sheols masuk pun tak sampai ati nak kecam.. comel sangat personaliti amy..
Quote missyL 9-9-2022 07:24 PM
Ptt la muka pn aging gracefully.
Stresss free lol
Quote jihyomelly 9-9-2022 07:30 PM
xyah la sbb xleh nyanyi live tapi suka tgk aging gracefully comel je..bagus dia tahu tahap mana suara dia..hidup aman2 je
Quote Thunderclouds 9-9-2022 07:44 PM
Walaupn lagu2 dia catchy. Tp hauk sangat2 bila live. Stay far far away from any competition ye. But i still lebiu. Muahh..!
Quote makadek 9-9-2022 07:49 PM
Suara tak sedap sizzz takyahlah????
Quote AWEKSAMURAI 9-9-2022 07:51 PM
Caya lah kak amy i love you x yah susah2 nk buat cerita sedih sayu layu utk rating kan? Kak amy dh lah jenis happy go lucky ...  Smoga kak amy n husband berkekalan sampai je syurga firdausi
Quote Body_language 9-9-2022 07:52 PM
Dia punya live lagi terus dari Fauziah latiff. Fauziah latiff sekurangnya mampu hit note2 biasa. Dia ni, suara mcm x keluar. Lps beranak anak 1st, sore dia mcm out of tune sikit part tinggi. Lps beranak anak ke2 terus ke jurang marina suara. tenggelam timbul je. Garaunya toksah cerita
Quote AWEKSAMURAI 9-9-2022 07:53 PM
missyL replied at 9-9-2022 07:24 PM
Ptt la muka pn aging gracefully.
Stresss free lol

Aku rasa aku pun nk mcm ni lah ahhahaha stress free singkir kan manusia toxic dlm idup aku walau kdg2 aku pun toxic gak hahahahaha pegi mati lah semua haha
Quote ashilalat 9-9-2022 07:58 PM
Amy Mastura, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Sheila Majid x payah masuk la pertandingan² ala² GV atau AJL sekalipun.

Walaupon atas sebab yg berbeza, tp biarlah diorg diingati sebagai antara penyanyi yg hebat di zamannya dan punyai deretan lagu yg sangat popular.

Dah x perlu bertanding, anda sudah berada di liga tersendiri.

Jangan tamak seperti Shilalat, kelak akan memakan diri.
Quote Afifi82 9-9-2022 08:53 PM
yusuke22 replied at 9-9-2022 05:42 PM
Dlu2 zmn dia tgh aktif mnyanyi mmg hancus live dia. .suara bgetar2... yg peliknya ms asia bgs, suara ...

Kannn. Xpenah rasa suara dia sedap kecuali masa Asia Bagus.
Quote che-cikL 9-9-2022 08:57 PM
ashilalat replied at 9-9-2022 07:58 PM
Amy Mastura, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Sheila Majid x payah masuk la pertandingan ...

Setuju yg uols tulis.

Nama uols ada inspired by Shilalat ke uols?
Quote minahsenget 9-9-2022 08:58 PM
dah aman2 tu tak payah cari pasal
Quote ashilalat 9-9-2022 09:00 PM
che-cikL replied at 9-9-2022 08:57 PM
Setuju yg uols tulis.

Nama uols ada inspired by Shilalat ke uols?

Shilalat gundu tamak haloba meludah merata
Quote umbut 9-9-2022 09:07 PM
Tindakan bijak... Jgn masuk.. Suara amy biasa2 je, live hancur.. Jgn busukkan diri..
Tetap loveee amy awet muda
Quote izat123 9-9-2022 09:10 PM
Macam mana dia boleh menang Asia Bagus dulu? Tapi apa pun kak Amy memang best clean je image haha
Quote Safirania 9-9-2022 09:13 PM
Amy mastura tetap comel
Quote Incanto 9-9-2022 09:16 PM
mmg bijak Amy Mastura ni…

dia tahu dia takleh nyanyi, so what? she tetap popular

muka tetap comel sbb tak stress

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050954 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top