CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tom GV9 Menyesal Cacah Tatu, Ada Yang Anggap Dia Bukan Islam

9-9-2022 05:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13321| Komen: 70|Original author: Tatod

SUMBER Harian Metro


Penyanyi, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom mengakui menyesal dengan tindakannya mencacah tatu di bahagian lengannya.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 36 tahun itu mendedahkan ramai yang beranggapan dia bukan Islam atau muallaf gara-gara tatu berkenaan.


"Saya tak bangga pun dengan benda itu. Ia adalah khilaf lama yang tak boleh padam.

"Saya menyesal sebab buat tatu ini. Saya mengaku salah saya. Ia sudah lama ketika saya senyap daripada industri muzik. Ketika itu tak berfikir panjang. Tengok kawan-kawan, saya pun nak buat juga.

"Apa saya buat, ia salah saya sendiri. Bukan salah sesiapa atau didikan ibu bapa. Saya terima kalau ada yang nak kecam. Saya tak boleh salahkan mereka.


"Benda lama saya malas nak fikir dah hinggakan orang cakap saya bukan Islam. Malah, ramai tanya saya ni muallaf ke? Diakui saya bukan orang Islam yang baik, tapi saya cuba berubah," katanya.

Tom yang pernah menjuarai program My Starz LG musim ketiga pada 2010, tindakan melukis tatu dibuat tanpa memikirkan dia bakal memeriahkan industri hiburan tanah air.

"Apa boleh buat, ia memang sesuatu yang buruk pun. Macam dikatakan, saya tak salahkan netizen yang melihat sebab itu penampilan saya ketika buat persembahan tepi pantai di Langkawi.

"Dulu tak terfikir akan membuat kemunculan semula. Tak nak ambil tahu pun semua itu. Selama ini saya menjalani kehidupan seperti orang biasa. Apatah lagi selama empat tahun di Langkawi, saya macam orang lain yang duduk tepi pantai.


"Sekarang ini saya lebih tertutup. Saya cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tidak menjangka sama sekali perhatian dan sambutan diberikan kepada saya selepas sidang media GV tempoh hari," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-9-2022 06:06 PM
Mana laki orang yang mati2 sheol rebut2 dulu sampai pijak perut bini jantan tu yang sedang ngandung? Ingatkan till jannah sangat.
Quote pocongkiutss 9-9-2022 06:08 PM
Mula dahh..cerita sedih insof terpaling syahdu
Quote SiMontel 9-9-2022 07:14 PM
masuk gegar vaganza ni semua jadi cite sedih....kiranya ada 2 org bertatu la dlm GV ni..nasib la suara sedap..
Quote Prickford 9-9-2022 07:33 PM
Hurmmmmsaja je nak raih simpati. TIme berduit, kemain sibuk buat tattoo banyak2. Pastu masuk GV tiberrr cerita sedih. Busking dapat RM6 bahagi 2 orang. Time berduit tak beringat pulak nak menyimpan. Berhabis buat tattoo apo bondo siaaa....
Quote Mary_jane 9-9-2022 07:37 PM
Berapa puluh thread nak cerita pasal minah ni sebelum GV mula? Rempit nya lah.
Quote AWEKSAMURAI 9-9-2022 07:46 PM
Wat ever lah ko , takkan x pnah dgr org islam haram bertatoo ..cliff tu x kata lah dia convert muslim so x faham pasal selok belok islam  .. .. ni ko lahir nuuuu di Taiping sana mak bapak islam melayu totok xde mix blood ke hape pun takkan masa skolah x de belajar fardhu ain ... X pikir esok mati cmne ? Aku menyampah btul org2 gini dari x menyampah sgt terus jd menyampah meluat . Buat malu keuarga di RAJA je
Quote AWEKSAMURAI 9-9-2022 07:48 PM
Mary_jane replied at 9-9-2022 07:37 PM
Berapa puluh thread nak cerita pasal minah ni sebelum GV mula? Rempit nya lah.

Ko rileks thread dia menangis  peluk baju bapak dia blom bukak lagi ...hahahahha ..  sbb bapak dia baru meninggal mggu lepas x silap so ko tggu je lah bakalan ada thread bru lagi
Quote miu84 9-9-2022 08:02 PM
Kepam : exhibit A.
Quote sukacactus 9-9-2022 08:16 PM
SiMontel replied at 9-9-2022 07:14 PM
masuk gegar vaganza ni semua jadi cite sedih....kiranya ada 2 org bertatu la dlm GV ni..nasib la sua ...

Fuad rahman tu dia pun xkesah sgt kot
Biasa singaporean sana gitu kan
Quote matbad 9-9-2022 08:16 PM
minah ni lifestyle dia mmg xkan berubah la.tringt lagi bini jantanz yg dia pijak perut tu. siap bleh tutt dpn mata pmpuan tu. kisah sadis ni stesyen tv la tu yg suruh tu..
Quote CariMalay 9-9-2022 08:36 PM
Sejenis yg sentiasa nampak busuk berdaki. Geli aku, nak muntah tengok dia ni. Elok lagi puteri balqis, siap boleh main raba2 ramas2 lagi dengan dia
Quote fifie_olin 9-9-2022 08:48 PM
pya byk tatu sheols
nmpk karat di situ
Quote umbut 9-9-2022 09:10 PM
Tgk kat yt, sampai bercangkung nyanyi kat club ngan baju cam pinoy mari
Quote TomyamPuteh 9-9-2022 09:11 PM
Kalau kt Peghelih ni msti org dah panggey oghang Siam belah2 jawi permatang nih. Kan@Acikgomen.
Quote Suchi 9-9-2022 09:26 PM
Aik banyak nau thread minah nih, iols dapat rasakan sheols ni bakalan juara takpun top 5 or top 3.
Skrg je acik2 bising tp nanti bila dia start nyanyi mesti ramai yg terpesona aku terpesonaaa..

Sbbkan GV dah tuko format iols pun dah rasa mcm 50-50 je nak tgk.
Malas nak sakit hati tgk penyanyi iols tak minat jadi juara pun ye
Quote dejure 9-9-2022 09:27 PM
Aku mmg benci tgk org bertatoo ni,tak kira lah islam ke bukan islam ke,dah mcm kena kurap aku tgk.geli tgk org bertatoo ni.
Quote Suchi 9-9-2022 09:32 PM
dua_chzy replied at 9-9-2022 06:06 PM
Mana laki orang yang mati2 sheol rebut2 dulu sampai pijak perut bini jantan tu yang sedang ngandung? ...

Dia tak kawen pun dgn yg tu takat tunang je kot, dia kawen ngn laki org lain dan bermadu tapi kena cerai plak masa tgh sarat.
Pastu viral dia cari job nak nyanyi kat club masa tgh sarat tu.
Pastu rasanya dia ada kawen lagi tak pasti la laki org juga ke or duda org.
Skrg ni rasanya single balik dh kot.
Quote SiMontel 9-9-2022 10:54 PM
sukacactus replied at 9-9-2022 08:16 PM
Fuad rahman tu dia pun xkesah sgt kot
Biasa singaporean sana gitu kan

yerrr singaporean dah biasa sgt melayu bertatu ni..tapi aku minat suara fuad rahman hahhahaha
Quote pearl.silver 9-9-2022 11:26 PM
Suchi replied at 9-9-2022 09:26 PM
Aik banyak nau thread minah nih, iols dapat rasakan sheols ni bakalan juara takpun top 5 or top 3.
S ...

Ya i setuju
Dr mula nmpk nama tom dlm list gv
Terus bole byg dia akn lambat kena singkir
Mesti byk drama

Rupanya sblum start konsert lg dah berdrama sakan

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079744 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top