SUMBER Harian Metro
Penyanyi, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom mengakui menyesal dengan tindakannya mencacah tatu di bahagian lengannya.
Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 36 tahun itu mendedahkan ramai yang beranggapan dia bukan Islam atau muallaf gara-gara tatu berkenaan.
"Saya tak bangga pun dengan benda itu. Ia adalah khilaf lama yang tak boleh padam.
"Saya menyesal sebab buat tatu ini. Saya mengaku salah saya. Ia sudah lama ketika saya senyap daripada industri muzik. Ketika itu tak berfikir panjang. Tengok kawan-kawan, saya pun nak buat juga.
"Apa saya buat, ia salah saya sendiri. Bukan salah sesiapa atau didikan ibu bapa. Saya terima kalau ada yang nak kecam. Saya tak boleh salahkan mereka.
"Benda lama saya malas nak fikir dah hinggakan orang cakap saya bukan Islam. Malah, ramai tanya saya ni muallaf ke? Diakui saya bukan orang Islam yang baik, tapi saya cuba berubah," katanya.
Tom yang pernah menjuarai program My Starz LG musim ketiga pada 2010, tindakan melukis tatu dibuat tanpa memikirkan dia bakal memeriahkan industri hiburan tanah air.
"Apa boleh buat, ia memang sesuatu yang buruk pun. Macam dikatakan, saya tak salahkan netizen yang melihat sebab itu penampilan saya ketika buat persembahan tepi pantai di Langkawi.
"Dulu tak terfikir akan membuat kemunculan semula. Tak nak ambil tahu pun semua itu. Selama ini saya menjalani kehidupan seperti orang biasa. Apatah lagi selama empat tahun di Langkawi, saya macam orang lain yang duduk tepi pantai.
"Sekarang ini saya lebih tertutup. Saya cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tidak menjangka sama sekali perhatian dan sambutan diberikan kepada saya selepas sidang media GV tempoh hari," katanya. - CARI
|