CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kontraktor Ditahan Maki, Ugut Sebab Berang Tak Dapat Projek

9-9-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1385| Komen: 7

Seorang kontraktor diberkas kerana membuat ugutan jenayah terhadap seorang penyelia tapak di Taman Dagang Business Centre, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku pada Selasa selepas mangsa seorang wanita berusia 27 tahun yang ketika itu berada di pejabatnya menerima mesej suara melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek.



Menurutnya, mangsa telah dimaki dengan perkataan lucah, berbaur perkauman selain ugutan akan diserang.

"Bertindak hasil maklumat, polis telah menahan suspek lelaki tempatan di Jalan Uranus U5/127 Shah Alam, Selangor kira-kira jam 1.15 petang pada Khamis. Turut dirampas telefon bimbit miliknya.


"Semakan mendapati suspek berusia 40 tahun yang juga seorang kontraktor itu memiliki lima rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Mohamad Farouk, suspek yang positif dadah itu juga mempunyai rekod masih kehendaki bagi kesalahan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Katanya, punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang tidak melantik syarikat suspek untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih premis (penurapan tar jalan) di sebuah sekolah di Semenyih.

"Suspek kini direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan," jelas beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 9-9-2022 03:35 PM
kalo turap2 jalan ni kelly ng la ni
Quote venom1 9-9-2022 03:38 PM
turap sekali mulut dia tu
Quote kaedahnya 11-9-2022 09:39 AM
walaupun dia penjenayah tapi dia buat kerja tiptop so logik la dia nak marah tak dapat tender #donebekap
Quote shernazz 11-9-2022 10:27 AM
Maybe.tender dapat ke brotherhood..
Quote vespa_oren 11-9-2022 10:51 AM
Susah sekarang nak dapat projek
Yg kerja kontrktor kelas F tu boleh dah cari kerja lain
Quote pooh~key 11-9-2022 11:02 AM
Duit dah habis nak beli dadah le tewwww dekkkk….
Quote airfilterkotor 11-9-2022 03:42 PM
Ada rekod jenayah pun buleh jadik kontraktor?
CIDB tido mati kaa?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.043536 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top