View: 973|Reply: 7
|
Kontraktor Ditahan Maki, Ugut Sebab Berang Tak Dapat Projek
[Copy link]
|
|
Seorang kontraktor diberkas kerana membuat ugutan jenayah terhadap seorang penyelia tapak di Taman Dagang Business Centre, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku pada Selasa selepas mangsa seorang wanita berusia 27 tahun yang ketika itu berada di pejabatnya menerima mesej suara melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek.
Menurutnya, mangsa telah dimaki dengan perkataan lucah, berbaur perkauman selain ugutan akan diserang.
"Bertindak hasil maklumat, polis telah menahan suspek lelaki tempatan di Jalan Uranus U5/127 Shah Alam, Selangor kira-kira jam 1.15 petang pada Khamis. Turut dirampas telefon bimbit miliknya.
"Semakan mendapati suspek berusia 40 tahun yang juga seorang kontraktor itu memiliki lima rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah Mohamad Farouk, suspek yang positif dadah itu juga mempunyai rekod masih kehendaki bagi kesalahan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.
Katanya, punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang tidak melantik syarikat suspek untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih premis (penurapan tar jalan) di sebuah sekolah di Semenyih.
"Suspek kini direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan," jelas beliau.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
kalo turap2 jalan ni kelly ng la ni
|
|
|
|
|
|
|
|
turap sekali mulut dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun dia penjenayah tapi dia buat kerja tiptop so logik la dia nak marah tak dapat tender #donebekap |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe.tender dapat ke brotherhood.. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah sekarang nak dapat projek
Yg kerja kontrktor kelas F tu boleh dah cari kerja lain |
|
|
|
|
|
|
|
Duit dah habis nak beli dadah le tewwww dekkkk…. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada rekod jenayah pun buleh jadik kontraktor?
CIDB tido mati kaa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|