Daripada lagu kebangsaan kepada nota, syiling, setem, peti pos, pasport dan banyak lagi aspek kehidupan di Britain akan berubah dengan Charles yang naik takhta sebagai raja.
Kemangkatan Ratu Elizabeth II bermakna perubahan kepada nama institusi di seluruh Britain dan negara Komanwel yang lebih luas. Sementara itu, imejnya pada mata wang dan tanda kebesaran juga akan diganti dengan imej raja baharu. Imej raja baharu itu akan mula muncul pada syiling dan wang kertas di Britain dan di seluruh dunia.
Malah, imej itu juga muncul pada beberapa mata wang termasuk bahagian hadapan syiling dolar Caribbean Timur, Kanada, Australia dan New Zealand. Semasa pemerintahan Raja Edward VIII selama 326 hari, syiling percubaan dikeluarkan, namun baginda turun takhta sebelum syiling untuk edaran awam ditempah. Semua setem British memaparkan kepala raja seperti syiling, menghadap ke arah lain daripada pemerintah sebelumnya. Lagu kebangsaan Britain bertukar kepada 'God Save the King' dengan lirik versi lelaki yang mungkin pada mulanya menarik perhatian ramai orang kerana tidak dinyanyikan sejak 1952. Ia juga adalah lagu kebangsaan di New Zealand dan lagu diraja di Australia dan Kanada. Perkataan pada bahagian dalam pasport British juga perlu dikemas kini kerana ia dikeluarkan atas nama ratu yang juga ada dalam pasport Australia, Kanada dan New Zealand. Pembukaan parlimen akan menampilkan titah ucapan raja daripada takhta yang menggariskan agenda kerajaan. Pengawal ratu yang biasanya dilihat ditempatkan di luar Istana Buckingham akan menukar namanya. Dalam undang-undang, peguam kanan akan bertukar daripada QC (Peguam Permaisuri) kepada KC, (Peguam Raja), manakala Bahagian Bangku Permaisuri Mahkamah Tinggi juga kembali kepada raja. Sumber: Harian Metro
|
JunkMail replied at 9-9-2022 02:12 PM
Tak bijak langsung buat ni semua berdasar current ruler. Eh kau buatlah timeless supaya bila raja ma ...
esbok replied at 9-9-2022 02:50 PM
bukan depa tak bijak. ini lah definisi kebesaran takhta pemerintah tu.
JunkMail replied at 9-9-2022 02:54 PM
Well... Untuk general public ianya tetap tindakan tidak bijak. So untuk menunjukkan kehebatan takh ...
JunkMail replied at 9-9-2022 02:12 PM
Tak bijak langsung buat ni semua berdasar current ruler. Eh kau buatlah timeless supaya bila raja ma ...
namieamuro replied at 9-9-2022 02:20 PM
rugi. ptt lantik teros yg muda. dh ler ekonomi tak brp nk cantik. kne pulak berabih byk semate nk te ...
Decaffeinated replied at 9-9-2022 03:10 PM
Duit kertas memang selalu kena reprint. Malaysia ni asal tukar gabenor bank negara duit pun tukar ac ...
j3m4h replied at 9-9-2022 03:59 PM
Rugi tuk chuolss tp heols x kesahn pong..demi kuasa n system dia mcm tuh..bkn duit lama muke QE xl ...
ADVERTISEMENT