Susulan kecaman diterimanya gara-gara berkongsi foto menerima satu beg plastik berisi 'salted peanuts' di media sosial ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS), pempengaruh media sosial, Azfar Heri tampil membuat permohonan maaf.
Menerusi bebenang di laman Twitter, Azfar atau nama sebenarnya Azfar Herisyam mengakui kekhilafannya sehingga tindakannya itu mencetuskan kontroversi. Mengulas dakwaan yang mengatakan pramugari terlibat sudah dikenakan tindakan tatatertib oleh syarikat penerbangan, influencer berusia 24 tahun itu berkata dia sedang cuba mencari kesahihan mengenainya terlebih dahulu.
Terdahulu, penyanyi Zarul Umbrella yang juga bekas ketua pramugara MAS turut mengulas mengenai isu ini di mana ujarnya tindakan pramugari tersebut adalah menyalahi SOP yang digariskan. Jelas Zarul, mengikut SOP, setiap penumpang hanya perlu diberikan sebungkus atau maksimum tiga ke lima pek mengikut permintaan. Tambahnya, kemungkinan pempengaruh berkenaan tidak mengetahui SOP yang ditetapkan dan bertindak memuat naik foto di media sosial disebabkan terlalu teruja menerima snek tersebut dalam jumlah yang banyak. Sumber: mStar
|
cikatilia replied at 8-9-2022 05:14 PM
yg backup its okay tu ckp amboi2 mcm dia plak yg kena buang kerja.. yih
pocongkiutss replied at 8-9-2022 05:37 PM
Rasa mcm menipuuu je org yg ckp stewardess tu kena buang. Tweet pun dah delete..Kelentong lebey
K ...
Orix replied at 8-9-2022 05:49 PM
isunya apa ni ??? dia mintak kacang lebih then pramugari tu bg ???
rayna_raynes replied at 8-9-2022 07:29 PM
Iols pun pernah dapat sekampit kacang tu tanpa mintak. Abang FA tu kata dari buang, baik saya bagi c ...
Orix replied at 8-9-2022 05:49 PM
isunya apa ni ??? dia mintak kacang lebih then pramugari tu bg ???
prettyuglybabe: Edited by prettyuglybabe at 8 ...
ADVERTISEMENT