Sejak penghijrahan Nabil Ahmad dan isterinya, Nazirah Ayub tahun lalu, mereka kerap dilihat menyertai program "tabligh" bersama rakan selebriti lain termasuklah Syarul Ridzwan, Faizal Ismail (FBI) dan Johan As'ari. Walaupun sudah berhijrah namun rezeki buat mereka tidak putus-putus, selain mengacara program MeleTOP, pada Julai lalu Nabil ditawarkan sebagai penyampai radio di stesen radio Era FM untuk mengendalikan segmen "3 Pagi Era" bersama Radin dan juga Azad Jasmin yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi. Terbaru, perkongsian video di TikTok oleh Issey Fazlisham yang merupakan penyampai radio Gegar FM sempat merakam satu detik bermakna ketika sampai di konti pagi tadi. Rakaman tersebut menunjukkan Nabil sedang khusyuk curi masa untuk mengaji Al-Quran seketika waktu sedang bertugas. "Sebab tu aku suka dan minat Nabil punya perjuangan" katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap rendah diri Nabil dan mendoakan semoga dia sentiasa kekal istiqomah dalam penghijrahannya. Benar kata orang, hidayah Allah boleh kunjung tiba pada bila-bila masa dan hinggap ke mana-mana hati tatkala sudah tiba masanya.
|
LadyCarefree replied at 8-9-2022 04:40 PM
Curi waktu kerja buat hal personal pun kira curi sebab anda dibayar gaji waktu tu. Hehehhhhh
fatinz replied at 8-9-2022 04:13 PM
Ngaji masa iklan/berita/lagu2 kot. Kalau boss ok, apa salahnya
ADVERTISEMENT