Band Indonesia iaitu NOAH yang menampilkan Aeril sebagai vokalis utama bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November nanti.
Susulan itu ramai meninggalkan komen berbaur ‘sarkastik’ dan ‘sindiran’ apabila bertambah lagi sebuah konsert artis negara jiran mengadakan persembahan di negara ini. Ada yang memetik nama pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed dalam hal ini dengan mengatakan dia seorang yang munafik dan ‘lebai’ yang tidak boleh pakai. Mana tidaknya, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak cukup terkenal dengan kelantangannya bersuara dalam memberi nasihat dan teguran terhadap sesuatu isu yang bertentangan dengan ajaran ‘Islam’ dilihat hanya berdiam diri apabila konsert NOAH bakal berlangsung nanti.
Tidak berdiam diri, PU Syed tampil mempertahankan dirinya mengenai tuduhan individu tersebut.
|
ADVERTISEMENT