CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 4

PU Syed Dituduh Munafik- Band Noah Nak Buat Konsert Tak Bising, Tak Nak Bantah Ke?

[Copy link]
Post time 8-9-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Band Indonesia iaitu NOAH yang menampilkan Aeril sebagai vokalis utama bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November nanti.


Susulan itu ramai meninggalkan komen berbaur ‘sarkastik’ dan ‘sindiran’ apabila bertambah lagi sebuah konsert artis negara jiran mengadakan persembahan di negara ini.


Ada yang memetik nama pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed dalam hal ini dengan mengatakan dia seorang yang munafik dan ‘lebai’ yang tidak boleh pakai.


Foto: IG




Mana tidaknya, PU Syed atau nama sebenarnya  Syed Mohd Bakri Syed Ishak cukup terkenal dengan kelantangannya bersuara dalam memberi nasihat dan teguran terhadap sesuatu isu yang bertentangan dengan ajaran ‘Islam’ dilihat hanya berdiam diri apabila konsert NOAH bakal berlangsung nanti.


Tidak berdiam diri, PU Syed tampil mempertahankan dirinya mengenai tuduhan individu tersebut.




  



Jelas PU Syed, dia tetap meneruskan dakwah dan pencegahan maksiat agar generasi akan datang tidak terus hanyut.


“Baru secebis ejekan dan cercaan yang diterima… maka al-Quran merakamkan perbuatan dan kata-kata umat terdahulu kepada para Rasul yang diutuskan Allah.


“Dakwah dan pencegahan maksiat perlu diteruskan. Kita sayang agama yang tercinta ini agar generasi akan datang tidak terus hanyut,”tulisnya dalam sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.




  



PU Syed turut dipersoal warganet kerana dikatakan ‘berat sebelah’ apabila tidak membantah konsert beberapa artis dari negara seberang selain NOAH.




  



Terdahulu, pendakwah bebas itu juga menyatakan bahawa tidak menjadi kesalahan sekiranya mahu menganjurkan konsert berunsurkan hiburan, namun biarlah tiada unsur-unsur lagha dan melalaikan dari ingat kepada Allah. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols syak dia minat peterpan dedolu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Peminat blackpink sampah koyak ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 04:14 PM | Show all posts
sebab nama NOAH
kalau peterpan dah meraung2 dia suruh batal tu
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 05:59 PM | Show all posts
pu syed ni memana ada sajeeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.042722 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list