CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak Melalak Tak Terima Wajah Mirip Bapa

8-9-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6831| Komen: 23

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di China dirakam menangis teresak-esak kerana tidak mahu digelar mirip wajah bapanya, lapor portal Mothership.


Menerusi rakaman video dimuat naik di media sosial, kanak-kanak dari wilayah Jiangsu itu tidak menyukai pujian yang diberi rakan ibunya mengatakan dia lebih mirip muka bapa berbanding ibu.


Kanak-kanak itu mahu mirip wajah ibu kerana dia dilahirkan oleh ibu. - Mothership

“Beberapa rakan saya datang ke rumah dan memberitahu anak saya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti suami saya.

“Anak saya mula menangis dan mengamuk sambil berkata dia tidak mahu mirip bapanya tetapi mahu iras wajah saya,” kata wanita itu.


Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak itu adalah dia mahu mirip wajah ibu kerana ibu yang melahirkan dia dan ada satu lirik lagu kegemarannya berkata ‘ibu insan terbaik di dunia’, bukan bapa.

“Dia juga  memberitahu dirinya tidak cantik jika wajah mirip bapanya.

“Namun, dia mempunyai hubungan sangat baik dengan suami saya,” jelas wanita itu lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noorhairiahma 8-9-2022 10:35 AM
hahahahhaha. nasiblah muka bapak. kalau bukan muka emak, or bukan bapak, lagi haru!
Quote Lavender85 8-9-2022 12:55 PM
hehehehehhehehehhehehhehe comel sgt
Quote missyL 8-9-2022 03:22 PM
Hahahahaha
Ank iols pg mane2 org ckp ikut ayah ye

Tp bgs lah sbb ayah die lg helok  dr mak hahahahahaha
Quote encikWawad 9-9-2022 10:30 AM
tunggulah apak kau menang uwang besar buat pestik sejeri
Quote ally9970 9-9-2022 04:55 PM
Cerita budak menangis pasal sebab bodoh mcm tu boleh masuk news jugak?
Quote Artemesiaa 12-9-2022 01:17 PM
Tak payah drama sangat dek dah besar elok mintak bapak sponser kasi up wajah
Quote Scheherazade 12-9-2022 04:37 PM
mana gambar mak nya?
Quote marlow 14-9-2022 12:11 PM
Bila boring i selalu lepak2 kt 9gags. Bila ada je gifs atau video2 dr tanah besar nie dorg selalu perli2 atau downvote. Siap ckp staged lg. So i percaya je video nie macam dibuat2
Quote ayukpingu 19-10-2022 04:20 PM
hahahaha comel
Quote ally9970 20-10-2022 11:07 AM
Menangis teresak2 ke melalak? Ada beza tu..
Quote tikusmontok 21-10-2022 01:40 PM
Nasib muka bapak kau sendiri, bukan  bapak org lain
Quote tenggilingpink 23-10-2022 04:17 AM
haha comel lah kau ni dikk
Quote Travelo 3-11-2022 10:40 AM
dia akan faham pabila dewasa nanti
Quote ReginaGeorge 6-11-2022 10:02 AM
Kecik lagi dah pandai fikir mcm ni ya dek
Quote puanbintang 14-12-2022 04:43 PM
lorr..hahahaha..comel ko dek
Quote nononcrux 15-2-2023 09:54 AM
budak sekarang kalau bijak, bijak sgt.. hahha tapi aku perasan budak era 2k ni ramai yg kena autism.. ade sesapa boleh bukak tak thread punca autism ni daripada pemasalah apa? byk sgt version aku baca konfuse
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:44 AM


Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:44 AM


Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:44 AM
lawak

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.207651 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top