CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masih Ada Lagi Berfikir Pakaikan Anak Safety Harness Macam Tambat Binatang?

27-8-2022 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6059| Komen: 22

Pemakaian safety harness masih mengundang pandangan skeptikal dalam kalangan masyarakat Malaysia yang tidak faham tentang kepentingannya.

Menerusi luahan Nazza Hamat di Facebook, dia kecewa apabila langkah keselamatan yang diambil untuk keselamatan anaknya dipandang serong segelintir pihak.


Foto FB

Ceritanya, ada juga yang bersikap kurang ajar apabila ada individu beranggapan tindakannya menggunakan tali keselamatan kepada anak adalah seperti mengikat haiwan.

Ujar wanita ini, pengalaman kehilangan anak sebanyak dua kali sebelum ini cukup mematangkannya.


Namun dia kesal dengan sikap masyakarat yang masih tidak cakna dan perhatian mengenai kisah kehilangan anak di tempat awam sebelum ini.

“Cukuplah anak saya dah dua kali hilang. Tak sanggup dah nak lalu benda yang sama, mahu jadi gila saya nanti.

“Tak tahulah kan masyarakat kita ni, payah sangat nak ambil iktibar daripada pengalaman orang lain. Dah ramai kut yang share pengalaman anak hilang, pemikiran kuno sangat. Cuba open minded sikit,” ujarnya lagi.

Jelas Nazza lagi dia lebih sanggup menggunakan safety harness berbanding berhadapan dengan situasi kehilangan anak.

Malah, dia turut mempersoalkan pandangan jelik masyarakat terhadap penggunaan safety harness sedangkan negara barat dikata sudah mewajibkannya.



Posting asal ini menjadi tular pada 2017 dan kini kembali menjadi viral setelah dikongsikan semula oleh warga maya di media sosial.

Rata-rata netizen menyokong langkah diambil oleh wanita tersebut dalam memastikan keselamatan anaknya lebih terjamin.





Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 28-8-2022 10:03 AM
kau je yg buruk sangka, ntah2 org tu pandang dengan pandangan biase je...bab yg lelaki gelak sambil ckp ikat binatang tu ntah ye ntah tidak...content je lebih
Quote Adrif 28-8-2022 09:16 PM
adik beradik kami ramai, dulu kalau pegi mall ke, pegi event, tempat ramai orang pun, tak pernah pulak hilang atau terpisah, alhamdulillah la.

mak abah, dukung si kecik, atau pegang tangan yang bongsu.
yang lain2, jalan pegang tangan kat tempat ramai orang. jangan lepas.
yang kecik pulak, abang kakak dah pegang tangan, jangan nak lari2 tak tentu hala, nanti balik rumah kena.

tapi tu zaman dulu
zaman la ni, ko pegang anak ka, ko ikat anak pakai harness ka,
kat tempat awam, ko leka sekejap ja, tengok satgi orang culik anak ko, bunyi pun takda, nauzubillah min zalik

Quote nurul_akmar 28-8-2022 10:13 PM
Xpelaa.. buat la ape sj yg ko rasa selamat. Nk pakai harness ke, nk guna tali ke, xnk bawak keluar ke, asalkan anak ko selamat. Lantak la kalau org nk jeling ke, nk bergosip ke walaupun aku rasa over sgt kalau smpi tahap tu. Sbb bila anak ko hilang, tade sape heran kat ko..
Quote sarahmirza 28-8-2022 10:14 PM
I ikat anak kat stroller je... Senang.
Quote glump 31-8-2022 09:46 PM
Ada ank sedara sorang tu..ada mild ADHD..pakai harness boleh putus. .so nak kena mana2 ada sorang dewasa dedicated jaga dia sorang  
Quote vender 4-9-2022 04:34 PM
Adrif replied at 28-8-2022 09:16 PM
adik beradik kami ramai, dulu kalau pegi mall ke, pegi event, tempat ramai orang pun, tak pernah pul ...

BEtul. Aku tgk budak2 skrg lain sgt dgn budak2 zaman kita kecik dulu. Budak skrg lebih aktif dan loud. Kami 3 beradik mak aku siap bawak naik bus lagi elok je kami duduk sama2 tak buat hal pun. Tp anak aku 2 org je perempuan tak mampu nak bawak ke mana2 tanpa pakai tambat anjing ni. Sekelip mata je boleh hilang
Quote Supersirap 5-9-2022 01:06 PM
Jika tujuan untuk keselamatan anak, apa salahnya pakai peralatan tersebut
Quote ayukpingu 19-10-2022 04:20 PM
kalau org nak culik, sekelip mata je. berdesuppp hilang.
ok je pon pakai harness mcm ni.kan selamat
Quote tenggilingpink 23-10-2022 04:32 AM
skrg ni musim org jahat suka colek budak
So wajib pakai bagi mengelakkan anak2 hilang dari radar haha
Quote spy_caridotdot 23-10-2022 11:25 PM
Nampak naw nipunya! Aku dari tahun 2010 lagi kawan aku datang dari Singapore pakaikan harness kat anak dia.. masa tu kat malaysia ni memang belum ada lagi pemakaian harness budak ni.. aku bawak dia jalan2 merata lot 10, sungai wang, times square, lepas tu ke klia, masa tu takde sape pun heran dia ikat anak dia rope tu! Takde sape pun gelak2!
Dia tahun 2017 pakaikan gitu bukan benda asing dah time tu!
Pastu anak dah sampai 2x hilang.. kau ralit tengok apo dek sampai anak asyik hilang je! Sebab pengalaman aku yang anak 4 pi mall ni belum pernah anak hilang dari pandangan.. dah besar2 dah pun dorang!
Quote sayurmayur88 22-5-2023 12:40 PM
rassanya rakyat msia dh biasa kot tgk parent psg harness.
xde kecam2 lah.
Quote Yoonggi 22-5-2023 03:07 PM
klu dorg nk kecam ke nk pndg semcm ke, abaikan je la. keselamatan anak tu lebih penting. apa2 jd, bkn dorg yg tanggung pun.
Quote midori888 22-5-2023 03:48 PM
ketambangkang replied at 28-8-2022 10:03 AM
kau je yg buruk sangka, ntah2 org tu pandang dengan pandangan biase je...bab yg lelaki gelak sambil  ...

meols pun rasa content jer lebih....org yg takde anak, tak amik port pun hal2 mcm nie....asalkan anak ko tak kacau kitorg sudah....
Quote CatMiow 23-5-2023 06:35 AM
Aku setuju dengan komen 1 tu, dah pakai jangan biar sangat.
Pernah tahun 2008-2010 gitu, mungkin 1st batch, tali panjang gile. Anak mak pun dah jauh lebih kurang 5-6kaki (dalam 2meter). Macam tak function pula tali tu, kalau anak dia tertepis produk2 kaca, atau item mudah rosak sama juga bawa merbahaya.
Quote Mamason 24-5-2023 09:14 AM
Kadang2 ape je org nak pandang, org nak tgk abaikanlah.  Ambik pot sgt buat ape? Org ada mata kot, depa nak tgk, tgklah.  Yg penting anak kita.  Pandai2 la nak handle.  Setuju jugak anak2 zaman dulu idak buas sgt rope skrg ni yek... ramai2 berjalan pegang tgn elok je deme.  Skrg ni anak 2 pun susah nak control, sorg ke hulu sorg ke hilir.. sudahnya xtau ke mana anak.. bahaya.. bahaya.
Quote heythere123 18-6-2023 05:14 PM
netizen ni dekat social media je bising. Kalau real life, no one cares pon.

Lagipon pakai sebab nak jaga keselamatan kan tujuannya. Lantak je la apa org lain nak kata. Kalau anak hilang bukan dorang tolong cari pon
Quote aciksenah 19-6-2023 03:37 PM
Baik la dipakaikan harnes, daripada hilang anak...Tapi beli la harnest yang ikat kat beg tu..tak de la nampak mcm kena tambat ikat budak tu..
Quote aciksenah 19-6-2023 03:38 PM
heythere123 replied at 18-6-2023 05:14 PM
netizen ni dekat social media je bising. Kalau real life, no one cares pon.

Lagipon pakai sebab na ...

Ni jenis yang cakap belakang je berani. Awat tak tegur depan2 kan. Semua benda semua tak kena.

Quote heythere123 19-6-2023 06:01 PM
aciksenah replied at 19-6-2023 03:38 PM
Ni jenis yang cakap belakang je berani. Awat tak tegur depan2 kan. Semua benda semua tak kena.

yup, depan2 menikus je la mampu.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053967 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top