CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Kepala Tersepit Antara 2 Kontena

7-9-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1524| Komen: 11

Malang nasib lelaki warga tempatan ketika menjalankan kerja mengubah kontena kosong.

Dalam kejadian 12.35 tengah malam pada Isnin di sebuah terminal kontena di Butterworth itu, kepala mangsa berusia 23 tahun tersepit di antara dua kontena.



Gambar hiasan

"Siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja sub kontraktor di terminal kontena terbabit yang dia dilantik untuk menjalankan kerja mengangkut kontena kosong menggunakan prime mover (lori terminal) dari jeti ke kawasan penyimpanan kontena kosong.

"Ketika kejadian mangsa yang ditugaskan sebagai pemandu lori terminal dipercayai sedang memeriksa 'seal' pintu kontena yang sedang disusun di atas kepala lori.


"Pada masa sama, seorang pekerja lain menolak kontena terbabit dengan menggunakan jentera pengangkut kontena untuk merapatkan kedudukan kontena di atas kepala lori tanpa menyedari mangsa sedang berada di situ," kata Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang.

Mangsa yang kepalanya tersepit di antara dua kontena setinggi 6.1 meter disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Susulan kemalangan itu, JKKP negeri mengeluarkan notis larangan dan lokasi kejadian serta kenderaan yang digunakan disita serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 7-9-2022 12:26 PM
Malang nasib lelaki warga tempatan ketika menjalankan kerja mengubah kontena kosong.


Dalam kejadian 12.35 tengah malam pada Isnin di sebuah terminal kontena di Butterworth itu, kepala mangsa berusia 23 tahun tersepit di antara dua kontena.




Gambar hiasan




"Siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja sub kontraktor di terminal kontena terbabit yang dia dilantik untuk menjalankan kerja mengangkut kontena kosong menggunakan prime mover (lori terminal) dari jeti ke kawasan penyimpanan kontena kosong.


"Ketika kejadian mangsa yang ditugaskan sebagai pemandu lori terminal dipercayai sedang memeriksa 'seal' pintu kontena yang sedang disusun di atas kepala lori.


"ada masa sama, seorang pekerja lain menolak kontena terbabit dengan menggunakan jentera pengangkut kontena untuk merapatkan kedudukan kontena di atas kepala lori tanpa menyedari mangsa sedang berada di situ," kata Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang.


Mangsa yang kepalanya tersepit di antara dua kontena setinggi 6.1 meter disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Susulan kemalangan itu, JKKP negeri mengeluarkan notis larangan dan lokasi kejadian serta kenderaan yang digunakan disita serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.




Sumber: Harian Metro
Quote KamikuP 7-9-2022 02:21 PM
Final destination is real gais gais gais
Salam takziah
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 02:25 PM
masak la pekerja yang tolak kontena tu..
even tak sengaja, tapi orang hilang nyawa kot..
Quote sangbara2020 7-9-2022 04:11 PM
sedihnya baca...
xkan yg tolak tu xtau ada kwn kat situ
Quote mejaputih 7-9-2022 04:14 PM
camne nk jwb kat OSHE tu huhu
Quote she 7-9-2022 04:18 PM
Macam sengaja aje ditolak kontena tu
1. Bukan sesaja kau boleh usik2 kontena yang tengah disusun oleh pemandu lain
2. Tunggu command dari driver/suprvisor/crew lain untuk fix kan memana gap
3. Kenapa kau terlebih rajin

Quote supernaturalee 7-9-2022 04:37 PM
KamikuP replied at 7-9-2022 02:21 PM
Final destination is real gais gais gais
Salam takziah

yup betul gais gais gais
final destinasi




Quote supernaturalee 7-9-2022 04:37 PM
she replied at 7-9-2022 04:18 PM
Macam sengaja aje ditolak kontena tu
1. Bukan sesaja kau boleh usik2 kontena yang tengah disusun ole ...

point no 3 x boleh blah


anyway...kepala die pechah ke
scary la gaisss




Quote she 7-9-2022 04:44 PM
supernaturalee replied at 7-9-2022 04:37 PM
point no 3 x boleh blah



Takdop gambau
Macik dulu biasa masuk gudang kontenan yang lepas flyover stesen bas Butterworth tu
Tengok selamba aje driver kren tu usung anak kecik main2 atas jentera tu
Macam tak ketat pengawasannya

Yang lokasi mati ni tepi Bagan Ajam tu kot
Situ strict sebab main port kan
Quote cattiecute 8-9-2022 10:33 AM
pakcik iols dulu pernah meninggal kena timpa dengan kontena . tapi tak sure kosong or ada isi.
nak dijadikan cerita dia masa tu memang cuti sakit.
dia p tempat tu sebab nak bagi kertas cuti sakit tu la kat supervisor kot.
tetiba kontena tu jatuh atas iols
dengar cerita pitam jugak bini dia nampak masa proses pengecaman kat spital.
lenyek dan nipis je.
kes ni masa tahun awal 2000.
Quote noorhairiahma 8-9-2022 10:38 AM
seumur hidup kena hadap benda dah jadi. nak menyesal pun tak guna.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.170693 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top