CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 11

Lelaki maut kepala tersepit dua kontena

[Copy link]
Post time 6-9-2022 11:11 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut kepala tersepit dua kontena

Oleh Nur Izzati Mohamad - September 6, 2022 @ 10:06pm [email protected]





Foto hiasan




BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit di antara dua kontena dalam kejadian di sebuah terminal kontena, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian jam 12.35 tengah malam itu dilaporkan berlaku apabila mangsa warga tempatan berusia 23 tahun sedang menjalankan kerja-kerja mengubah kontena kosong.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan berhubung insiden berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja sub kontraktor di terminal kontena terbabit yang dia dilantik untuk menjalankan kerja-kerja mengangkut kontena kosong menggunakan prime mover (lori terminal) dari jeti ke kawasan penyimpanan kontena kosong.

"Ketika kejadian mangsa yang ditugaskan sebagai pemandu lori terminal dipercayai sedang memeriksa 'seal' pintu kontena yang sedang disusun di atas kepala lori

"Pada masa sama, seorang pekerja lain telah menolak kontena terbabit dengan menggunakan jentera reach stacker (pengangkut kontena) untuk merapatkan kedudukan kontena di atas kepala lori tanpa menyedari mangsa berada di situ," katanya.

Beliau berkata berikutan itu berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kepala mangsa tersepit di antara dua kontena setinggi 6.1 meter sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Susulan daripada kemalangan itu juga JKKP negeri mengeluarkan satu notis larangan dan lokasi kejadian serta kenderaan yang digunakan telah disita serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

"Tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab.
"JKKP memandang serius setiap kemalangan membabitkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.

"Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja," katanya.

Tegasnya, kejadian seumpama itu boleh dielakkan sekiranya majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 12:26 PM | Show all posts

Lelaki Maut Kepala Tersepit Antara 2 Kontena

Malang nasib lelaki warga tempatan ketika menjalankan kerja mengubah kontena kosong.


Dalam kejadian 12.35 tengah malam pada Isnin di sebuah terminal kontena di Butterworth itu, kepala mangsa berusia 23 tahun tersepit di antara dua kontena.




Gambar hiasan




"Siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja sub kontraktor di terminal kontena terbabit yang dia dilantik untuk menjalankan kerja mengangkut kontena kosong menggunakan prime mover (lori terminal) dari jeti ke kawasan penyimpanan kontena kosong.


"Ketika kejadian mangsa yang ditugaskan sebagai pemandu lori terminal dipercayai sedang memeriksa 'seal' pintu kontena yang sedang disusun di atas kepala lori.


"ada masa sama, seorang pekerja lain menolak kontena terbabit dengan menggunakan jentera pengangkut kontena untuk merapatkan kedudukan kontena di atas kepala lori tanpa menyedari mangsa sedang berada di situ," kata Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang.


Mangsa yang kepalanya tersepit di antara dua kontena setinggi 6.1 meter disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Susulan kemalangan itu, JKKP negeri mengeluarkan notis larangan dan lokasi kejadian serta kenderaan yang digunakan disita serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 02:21 PM | Show all posts
Final destination is real gais gais gais
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 02:25 PM | Show all posts
masak la pekerja yang tolak kontena tu..
even tak sengaja, tapi orang hilang nyawa kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:11 PM | Show all posts
sedihnya baca...
xkan yg tolak tu xtau ada kwn kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:14 PM | Show all posts
camne nk jwb kat OSHE tu huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sengaja aje ditolak kontena tu
1. Bukan sesaja kau boleh usik2 kontena yang tengah disusun oleh pemandu lain
2. Tunggu command dari driver/suprvisor/crew lain untuk fix kan memana gap
3. Kenapa kau terlebih rajin

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:37 PM | Show all posts
KamikuP replied at 7-9-2022 02:21 PM
Final destination is real gais gais gais
Salam takziah

yup betul gais gais gais
final destinasi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 04:37 PM | Show all posts
she replied at 7-9-2022 04:18 PM
Macam sengaja aje ditolak kontena tu
1. Bukan sesaja kau boleh usik2 kontena yang tengah disusun ole ...

point no 3 x boleh blah


anyway...kepala die pechah ke
scary la gaisss




Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 7-9-2022 04:37 PM
point no 3 x boleh blah



Takdop gambau
Macik dulu biasa masuk gudang kontenan yang lepas flyover stesen bas Butterworth tu
Tengok selamba aje driver kren tu usung anak kecik main2 atas jentera tu
Macam tak ketat pengawasannya

Yang lokasi mati ni tepi Bagan Ajam tu kot
Situ strict sebab main port kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 10:33 AM | Show all posts
pakcik iols dulu pernah meninggal kena timpa dengan kontena . tapi tak sure kosong or ada isi.
nak dijadikan cerita dia masa tu memang cuti sakit.
dia p tempat tu sebab nak bagi kertas cuti sakit tu la kat supervisor kot.
tetiba kontena tu jatuh atas iols
dengar cerita pitam jugak bini dia nampak masa proses pengecaman kat spital.
lenyek dan nipis je.
kes ni masa tahun awal 2000.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 10:38 AM | Show all posts
seumur hidup kena hadap benda dah jadi. nak menyesal pun tak guna.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.814166 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list