CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Transfer' RM400 Untuk 2 Anak, Ayah Cuma Ada Baki RM7!

7-9-2022 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4022| Komen: 30

Menerusi satu perkongsian, seorang individu bercerita mengenai kunjungannya ke sebuah bank untuk membuat bayaran menerusi mesin deposit tunai.

Kehadiran seorang pakcik yang berdiri di belakangnya menimbulkan tanda tanya, sebelum lelaki itu bersuara meminta bantuan.

"Nak, boleh tolong saya? Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini cuti umum cik," kata pakcik itu.

Menyambung perbualan, dia dapat meneka pakcik berkenaan sering meminta bantuan pegawai untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank anak-anaknya.


Gambar Hiasan


"Duit untuk anak pakcik ya? Ya, dia belajar di Selangor, di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)," katanya mengimbas kembali perbualan mereka.

Menurutnya, wang sebanyak RM200 berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank anak pertama pakcik itu.

Dia membantu lagi untuk memasukkan jumlah wang yang sama buat anak kedua pakcik itu.

"Tapi kali ini ada RM10 lima keping, RM50 dan RM100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang RM100 keluar semula. Dua kali.

"Pakcik ada duit lain? Tak ada nak," tambahnya.

Dalam pada itu, dia sempat menjeling ke dalam beg duit yang dibawa pakcik tersebut.

Namun hatinya berasa sayu apabila mendapati hanya tinggal RM7 sahaja di dalamnya.

"Hati mula tersentuh. Cuba lagi masukkan. Moga dipermudah. Alhamdulillah berjaya," katanya sambil menambah terpancar kelegaan pada wajah pakcik itu.


Gambar Hiasan

Setelah selesai, pakcik berkenaan beredar dengan langkah yang perlahan, dan perasaan ingin tahu membuak-buak untuk melihat kenderaan yang dinaiki lelaki itu.

Dengan wajah yang sugul, pakcik tersebut menunggang motosikal dalam cuaca hujan yang renyai ketika itu sambil matanya bergenang.

"Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga. Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.

"RM400 untuk dua orang anak. Sikit untuk dirinya memadai. Moga Allah memberkati pakcik itu, moga Allah luaskan rezeki semua ayah di luar sana, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk ayah yang selalu saya sanjungi," katanya.

Sehubungan itu, dia menasihatkan kepada para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu bapa.

"Kepada yang masih belajar, belajar dengan bersungguh-sungguh. Ingatlah harapan kedua-dua insan tersayang ini," katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pengorbanan bapa berkenaan.

"Begitulah ibu bapa, yang penting anak didahulukan. Perut sendiri tak peduli, asal selesai bahagian anak-anak.

"Seorang ayah walaupun nampak tegas dan ganas tapi hati mereka seperti jelly (lembut), demi anak-anak apa pun mampu dilakukan," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 7-9-2022 11:34 AM
Korban ibu dan bapa, hanya mereka sahaja yang tahu, sayangilah ibu dan bapa selagi mana mereka masih bernyawa
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 11:51 AM
hasanah versi bank pulak ke..
la ni student boleh kata semua ada ptptpu..
melainkan anak pocit ni berlagak anak hartawan jutawan dermawan makan di pinggan minum di cawan..
Quote rosedemon 7-9-2022 12:04 PM
kannn. macam cte acik hasanah jeee
Quote Login_ID 7-9-2022 12:13 PM
tinggal rm7 je dalam dompet?

kadang2, saya langsung tak de cash dlm dompet
Quote esbok 7-9-2022 12:14 PM
prettyuglybabe replied at 7-9-2022 11:51 AM
hasanah versi bank pulak ke..
la ni student boleh kata semua ada ptptpu..
melainkan anak pocit ni be ...

Kalau hasanah pun, zaman aku belajar dulu ada je spesies gini, dah ada duit yang ada dia mintak lagi kat mak pak dia, guna alasan duit yang ptptpu bagi tak cukup. Dia bagi alasan buku2 mahal itu mahal ini mahal semua mahal lah serba serbi. Dia tak tau budak scholar duit banyak pun makan bercatu.
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 02:29 PM
esbok replied at 7-9-2022 12:14 PM
Kalau hasanah pun, zaman aku belajar dulu ada je spesies gini, dah ada duit yang ada dia mintak la ...

jangan tak caya..
kadang anak orang susah ni dia punya lagak lagi hebat dari anak orang yang serba serbi cukup..
Quote annehuda 7-9-2022 03:41 PM
Edited by annehuda at 7-9-2022 03:56 PM

sbb dulu aku anak B40 kan, masa aku dpt masuk uni walaupun takat uni awam je, tapi arwah abah aku risau dah sebab nak pakai duit banyak. ingat lagi masa tu abah aku simpan duit bertahun gakla bawah tikar.  kitorg ni nasib baik sebab masa tu aku dpt sumbangan dari sorg kawan ayah aku, pastu ptptn pun dahulukan jugak dlm RM1k utk pendaftaran.  barang pun tak banyak beli takat kain baju jelah, sebab kitorang takde kereta so nak kene sewa van lagi.  tahun pertama tu pun sbnrnye aku dapat offer jpa, tapi aku tolak sebab jpa masa tu offer lagi sikit dari ptptn, ptptn aku RM3500, jpa RM2500 kot tak silap aku, so aku fikir kalau amek jpa ni kesian plak kt abah aku mana nak cover duit lg kan.  sebab fikir kitorang ni tak berada mcm orang lainlah, aku dengan gigihnya join main sofbol jadi wakil kolej kediaman aku semata-mata nak duduk dalam kampus.  so 4 tahunlah aku duduk dalam, sebab aku fikir ni kalau duduk luar lg banyak kos, sewa rumah bil api air plak tu aku mane ade kenderaan. so end up, 4 tahun aku belajar tu abah aku cuma perlu sedia duit masa awal sem dan hujung sem je tu pun setakat RM100-200 sementara tunggu ptptn masuk dan nak buat tambang balik kampung.

Proudest moment in my life la, lepas arwah abah aku meninggal ada kawan abah aku ni sampaikan cerita ni kt aku.  Dia tanyalah abah aku, sekolahkan aku sampai degree ni tak banyak keluar duit ke? so abah aku cakap, mula-mula tu dia memang rasa risau takut tak cukup duit sebab dia selalu dengar cerita dari orang lain tiap-tiap bulan bank in duit kt anak sambung belajar tapi alhamdulillah aku boleh manage sendiri. abah aku cuma kene kumpul sikit-sikit je utk awal dan hujung sem tadi. so abah aku dah rasa lega dah padahal masa dapat offer tu abah aku citer memang tak tidur malam la fikir mana nak cari duit sekolahkan anak ni hahha

sebab tu aku tak setuju nak pukul rata je B40 ni semua macam tak berguna harapkan bantuan kerajaan je.  macam abah aku tu dulu bendahari parti hijau kawasan dia, so masa tu memang kirim salam lah nak dpt bantuan nih.  anak orang lain result pmr sendu pun dpt masuk asrama, aku yang dpt 7A1B borang pun tak nampak.  spm jelah sebab aku top 5 student sekolah aku so sekolah byk bantu aku.

apepun setiap kali tengok post mcm ni mesti teringat arwah abah aku semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman amiinnn
nota kaki : course aku memang 4 tahun ye bukannye aku repeat sem
Quote che-cikL 7-9-2022 08:39 PM
Hasanah tak hasanah, yg penting dramatic betul penceritaannya, siap diiringi hujan renyai lagi
Quote Meiizu 8-9-2022 12:12 AM
annehuda replied at 7-9-2022 03:41 PM
sbb dulu aku anak B40 kan, masa aku dpt masuk uni walaupun takat uni awam je, tapi arwah abah aku ri ...

Baiknya u olllsss...baca cite u buat i rasa malu kat diri sendiri.ptptn  dapat duit abah pun dapat
Quote sarahmirza 8-9-2022 11:21 AM
So nak bg tau anak2 hargai pengorbanan mak bapak ke? Rasanya ramai yang sedar tapi memang ada juga yang terleka.....
Apapun tak perlu kot dipersoalkan atau nak tetiba hiba ....dah memang begitu tanggungjawab seorang bapa kepada anak2nya...kalau yang buat karangan ni nak hiba2 tetiba, pergi la support pakcik tu, bulan2 bagI duit belanja....

This is life....
Rezeki masing2....
Quote HasfyAbd 8-9-2022 01:32 PM
Tahniah, ayah yang berilmu! Tahu peranan seorang ayah, suami dan juga ketua keluarga...nafkah untuk ahli keluarga paling utama, ini tuntutan agama! Semoga Allah luaskan rezeki untuk ayah ini...
Quote annehuda 8-9-2022 03:13 PM
Meiizu replied at 8-9-2022 12:12 AM
Baiknya u olllsss...baca cite u buat i rasa malu kat diri sendiri.ptptn  dapat duit abah pun dapat ...

tapi i akui la awal-awal sem tu mmg i culture shock yelah budak kampung first time duk kat bandar kan.  plak tu sedara-mara ramai hulur duit sumbangan gitu (I cucu first dalam family dapat masuk uni) tapi nasib baikla i tak hanyut.  tu pun tersedar lepas kuat sangat enjoy sampai pointer I jadi 2.75 je.  cuma kekadang I rasa tak fair gak nak bandingkan life I as uni student 10 tahun dulu dengan budak2 zaman skrang.  kalau dah hari2 disogok ngan geng socmed sape tak terpengaruh kan? kite bukak lazada pun bleh tetiba terbeli barang ntah hape hape ntah.  dulu2 pun I masih boleh lagi lepak kt library kalau nak guna Internet (I takde laptop masa tu). pastu dgn zaman skrang serba pantas kan
Quote jazaa100 8-9-2022 10:27 PM
prettyuglybabe replied at 7-9-2022 11:51 AM
hasanah versi bank pulak ke..
la ni student boleh kata semua ada ptptpu..
melainkan anak pocit ni be ...

Terbaik babe.....

Itu yg akk nk kata pun....yg mua kn ank sgt tu knp....dorang dpt ptptn kann....pepandai le jimat...ntah² ank tu guna iphone alasan nk bljar mesti kena ada iphone
Quote bakingsoda 8-9-2022 11:38 PM
katalah tak hasanah, mujur sangat tu anak study uia takyah susah2 pikir sewa rumah kat luar, semua boleh duk dlm. student um tak silap 9k+ yg tak dapat duk dlm. adik aku cakap yg aktif pon kena halau, dorang bagi yg b40 je dan dlm kalangan b40 tu pon separuh je dapat. bayangkan la family b40 yg anak2 kena cari rumah sewa. kalau duk kolej avg 150 je sebulan, duk luar kalau mampu 150 je maksudnya rumah yg sewa 1.5k kena sumbat 10 org, kemungkinan lebih sbb rumah 1.5k tu kategori murah utk lokasi dekat. kalau sewa jauh sikit lagi susah takde kenderaan. kesian gila
Quote tomiko_haza 9-9-2022 09:49 AM
semoga anak2 pakcik berjaya dan dpt memblas jasa dan pengorbanan mak ayah..eh sedih la plak

situasi lain
anak2 akk, nak beli brg2 kt shopee, baju la, beg la, ring la mcm2 brg
so akk kata okla add to cart je dulu nnt kita proceed
sekali tgk nilai rm500 kot brg dia orng add..keluar bijik mata aku hahaha dan setelah akk meroyan tgk amoun tu, akk ckp kome ni dh tkde hari esok ke.. igt aku cop duit ke apa??...
dia org bole cakap alaaaa murah je mak,  RM500 dpt byk barang nih..dh brg2 semua murah!..

so apa yg nak disampaikan adalah anak2 dan bdk2 zaman sknag tk phm erti susah, semua dh tersedia. depa tau apa depa nak dpt je..aku sepuh je anak2 yg gini tkde nya aku nk ikut peel deme oda mcm2..lantak situ hahaha
Quote botol_tritan 10-9-2022 12:15 AM
annehuda replied at 7-9-2022 03:41 PM
sbb dulu aku anak B40 kan, masa aku dpt masuk uni walaupun takat uni awam je, tapi arwah abah aku ri ...

Pengalaman u lebih kurang macam i la. Course i pun 4 tahun juga. Tapi i ambil je jpa. Time 2nd year (3rd sem), zaman pak lah masa tu. Jpa terus dinaikkan jadi rm4200, ke rm4500, lupa dah. I pun masuk uni pakai duit pendahuluan ptptn, so bila grad, i still kena bayar la duit pendahuluan tu.
Quote annehuda 10-9-2022 10:40 AM
botol_tritan replied at 10-9-2022 12:15 AM
Pengalaman u lebih kurang macam i la. Course i pun 4 tahun juga. Tapi i ambil je jpa. Time 2nd yea ...

oh ye ke? takpe ah benda dah berlalu pun. ptptn iols pon dah habeh bayar dah  
Quote anony-mous 11-9-2022 03:22 AM
Yawn!!! Masih ada yg bebal create cerita bodoh mcm ni. Sikit pon x sedih & rasa nak bantai semula yg cerita ni.
Quote anony-mous 11-9-2022 03:22 AM
esbok replied at 7-9-2022 12:14 PM
Kalau hasanah pun, zaman aku belajar dulu ada je spesies gini, dah ada duit yang ada dia mintak la ...

Klau i as parent xmampu, i suruh je ank tu keje part time. Pandai2 la hidup.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.186794 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top