CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Sakit Lebih Manja Pada Pengasuh, Ibu Sanggup Berhenti Kerja Korporat

6-9-2022 08:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1986| Komen: 7|Original author: Tatod

Description: Antara cinta dan cita-cita, dua perkara yang sukar berjalan seiring dengan seimbang. Akhirnya, ada sesetengah individu yang akan memilih kasih pada anak-anak dan sanggup meninggalkan karier walaupun p ...
Sumber mStar


Antara cinta dan cita-cita, dua perkara yang sukar berjalan seiring dengan seimbang. Akhirnya, ada sesetengah individu yang akan memilih kasih pada anak-anak dan sanggup meninggalkan karier walaupun pekerjaan itu dianggap bagus.

Memetik laporan mStar, seorang ibu yang dikenali sebagai Puteri Azie sanggup melepaskan jawatannya sebagai Pengurus Eksekutif di sebuah syarikat kewangan demi kasih sayang kepada anak-anaknya.

Tular di media sosial baru-baru ini, wanita berusia 44 tahun itu nekad berhenti kerja ketika anak keduanya demam dan pada masa sama sedang hamil anak ketiga.

"Melihat anak kedua demam dan dia tak mahu dengan saya melainkan pembantu rumah, ia menyebabkan saya terdetik dalam hati... kalau berterusan saya pergi kerja pagi dan balik petang, esok-esok nanti anak saya letak saya di rumah orang tua.

Sumber mStar

"Masa itu saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia sendiri tak dapat kasih sayang daripada saya," katanya yang mula berniaga pada usia 26 tahun.

Ibu kepada tiga orang anak lelaki itu menjual nasi kerabu di sebuah tapak di sekitar kawasan tempat tinggalnya.

Wanita itu mulai berniaga selepas suaminya meninggal dunia. Dia lakukan apa sahaja kerja yang boleh membantu untuk membesarkan anak-anak.

Azie bersyukur usaha untuk berniaga di tepi jalan dipermudah dan dipertemukan dengan individu yang banyak membantunya.

Berkat usaha gigih, wanita itu dapat menghantar anak sulungnya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

Sumber mStar

"Anak sulung berumur 22 tahun, kedua 21 tahun dan ketiga 16 tahun. Saya besarkan anak sendiri sehingga anak sulung sambung pengajian di Jerman manakala anak kedua belajar di UiTM dan anak ketiga di sekolah menengah.

"Anak-anak ada tanya kenapa saya tak buka kedai, saya jawab sebab nak duduk dengan anak-anak supaya saya tahu mereka pergi mana dan buat apa. Selepas balik berniaga pada pukul 10.30 malam, saya akan semak kerja sekolah mereka," katanya yang mementingkan pelajaran anak-anak.

Sumber mStar

Sehingga kini, sudah 18 tahun Azie mencari rezeki dengan menjual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak. Dia juga 'enjoy' dengan cara kerja seperti itu yang baginya tidak serabut dan lebih mudah bersama keluarga. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 6-9-2022 11:43 PM
bagusnya. salute

hujung2 ingatkan ada plot twist. tapi takde. and they live happily ever after.

kesimpulannya, iklan cari jodoh ni untuk janda ni ke, atau untuk anak-anak dia?
atau jawapan dia, kesemua di atas? gituuu.
mohon angkat kaki sebelum di bambu acik forum
Quote nurul_akmar 7-9-2022 08:17 AM
cantiknya dia.. nampak muda sgt.. anak2 pon dh besar panjang..
Quote whimsicalmusic 7-9-2022 04:27 PM
Pening sikit dengan timeline dia. Die meniaga ni lepas let go jwtn pengurus tu ke? Kiranya die jd bhenti jd pengurus time umur 27 n subsequently da start meniaga nasi kerabu setahun sblm tu?
Quote lattehazelnut 8-9-2022 07:30 PM
Ko bukak gerai dari siang sampai 10.30mlm?
Bila masa dgn anak2?
Apa masalahnye kje office.. anak pun sekolah waktu siang.. ptg koko or tusyen.. malam baru jumpa..
Ni mesti produk timbang kilo..
Quote faraway1 9-9-2022 09:21 PM
Dia bawa anak anak dia berniaga sama ke apa bila tak sekolah ? Jika tidak, cam lagi lama berniaga dari kerja opis atleast boleh balik jam 5.
Quote anony-mous 11-9-2022 03:37 AM
lattehazelnut replied at 8-9-2022 07:30 PM
Ko bukak gerai dari siang sampai 10.30mlm?
Bila masa dgn anak2?
Apa masalahnye kje office.. anak pun ...

Cerita mcm x lengkap kan? Btw betul ke budak2 akn lg manja dgn pengasuh? I keje, ank tetap manja dgn mak. Xkn semua ank nk dgn pengasuh?
Quote anakmak 12-9-2022 10:23 PM
Ramai mak2 keje berbibik
Anak2 tetap Manja dgn mak
Kecuali species mak pemalas dan mak2 yg senang surrender anak kat org lain
Tak kisah lah bibik ke atoknenek ke

I sejenis big no passing2 anak
Even kat ex dulu pun tinggal sekejap
Anak kena air panas
Dibiarkannya budak tu
Balik2, I berkejar bawak pi klinik
Melepuh dahi anak aku
Kurang ajar punya jantan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040927 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top