"Aku humban (singkir) saja dua-dua itu," tegas Datuk Hattan berkenaan prestasi dua peserta program realiti Terpaling Juara iaitu Ifa Raziah dan Hazami sekiranya terus menunjukkan persembahan yang teruk minggu depan.
Menerusi episod ketiga Terpaling Juara yang disiarkan secara langsung di TV3 Ahad lalu, Ifa yang menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Hazami dengan lagu Mas Mona tampil dengan persembahan kurang memuaskan sehingga menduduki dua tangga terbawah penyingkiran. Mereka bagaimanapun diselamatkan oleh Hattan yang mahu terus memberikan peluang berada dalam program yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.
Hattan berkata, dia tidak peduli status kedua-dua penyanyi ini yang dianggap otai kerana lebih mementingkan kualiti. "Kita nak kualiti macam Shaz (peserta bintang baharu) sekurang-kurangnya. Sedap nyanyiannya. "Ini dua-duanya orang lama. Lagu AJL susah mana nak belajar. Tanggapan orang lagu AJL bagilah sesuatu. Kalau budak-budak muda adalah juga kelemahannya kerana mereka tak berapa kenal lagu ini. "Tapi kita yang membesar dengan lagu ini, janganlah. Hazami sebelum ini penyanyi yang bagus," katanya. Menurutnya, dia jujur dalam memberikan komen dan mengetepikan elemen kawan-kawan. "Kalau bagus saya kata bagus dan kalau tak bagus, jawapannya tak baguslah. Kawan tetap kawan tapi tak boleh buat apa-apa," katanya. Mengulas pendiriannya untuk mengekalkan mereka untuk minggu berikutnya, Hattan berkata, ada sebab mereka dikekalkan. "Minggu pertama saya bagi tips. Minggu kedua saya naikkan sikit momentum suruh buat itu ini dan puji. Minggu ketiga saya tak boleh bagi peluang lagi dan mula mengganas. "Tapi apabila dah bagi tips begitu, kalau mereka disingkirkan macam tak cantik pula. Mereka pula baru dapat lagu untuk minggu depan. Kalau tersingkir tak sempat nak tengok. "Saya hanya bagi pendapat terpulanglah kepada penerbit tapi nampaknya mereka boleh terima," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
rayna_raynes replied at 6-9-2022 05:13 PM
ipa rajiah mmg teruk
hazami nampak macam lost dan unprepared kali ni.
sangbara2020 replied at 7-9-2022 03:29 PM
dah tua2 ikut la program amal ibadah....apoooo...
ha boleh aku komen gitu?
ADVERTISEMENT