CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2511|Reply: 12

Prestasi Teruk! Tak Peduli Otai, Hattan Nak Humban Ifa Raziah Dan Hazami

[Copy link]
Post time 6-9-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode
"Aku humban (singkir) saja dua-dua itu," tegas Datuk Hattan berkenaan prestasi dua peserta program realiti Terpaling Juara iaitu Ifa Raziah dan Hazami sekiranya terus menunjukkan persembahan yang teruk minggu depan.


Menerusi episod ketiga Terpaling Juara yang disiarkan secara langsung di TV3 Ahad lalu, Ifa yang menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Hazami dengan lagu Mas Mona tampil dengan persembahan kurang memuaskan sehingga menduduki dua tangga terbawah penyingkiran.


Foto: Harian Metro




Mereka bagaimanapun diselamatkan oleh Hattan yang mahu terus memberikan peluang berada dalam program yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.


Hattan berkata, dia tidak peduli status kedua-dua penyanyi ini yang dianggap otai kerana lebih mementingkan kualiti.


"Kita nak kualiti macam Shaz (peserta bintang baharu) sekurang-kurangnya. Sedap nyanyiannya.


"Ini dua-duanya orang lama. Lagu AJL susah mana nak belajar. Tanggapan orang lagu AJL bagilah sesuatu. Kalau budak-budak muda adalah juga kelemahannya kerana mereka tak berapa kenal lagu ini.


"Tapi kita yang membesar dengan lagu ini, janganlah. Hazami sebelum ini penyanyi yang bagus," katanya.


Menurutnya, dia jujur dalam memberikan komen dan mengetepikan elemen kawan-kawan.


"Kalau bagus saya kata bagus dan kalau tak bagus, jawapannya tak baguslah. Kawan tetap kawan tapi tak boleh buat apa-apa," katanya.


Mengulas pendiriannya untuk mengekalkan mereka untuk minggu berikutnya, Hattan berkata, ada sebab mereka dikekalkan.


"Minggu pertama saya bagi tips. Minggu kedua saya naikkan sikit momentum suruh buat itu ini dan puji. Minggu ketiga saya tak boleh bagi peluang lagi dan mula mengganas.


"Tapi apabila dah bagi tips begitu, kalau mereka disingkirkan macam tak cantik pula. Mereka pula baru dapat lagu untuk minggu depan. Kalau tersingkir tak sempat nak tengok.


"Saya hanya bagi pendapat terpulanglah kepada penerbit tapi nampaknya mereka boleh terima," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 05:09 PM | Show all posts
Dah knp dgn Hazami? Heols guru vokal kan...how come prestasi teruk di mata Tok Tan?
Ai tak tengok program ni so tak tau sejauh mana keterukan persembahan Hazami
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 05:13 PM | Show all posts
ipa rajiah mmg teruk

hazami nampak macam lost dan unprepared kali ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Shaz sedap? Terjerit, melolong2 macam pontianak tak sedap yach! Sakit telinga sepanjang chorus try hard nak 'aina bedulkan' lagu. Then, nyanyi purnama merindu banyak salah lirik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 06:15 PM | Show all posts
Aku peliklah program macam ni.. apa kelayakan panel2 juri ni nak komen kat penyanyi yang sama level dengan dorang.

Peliklah. Cuma suruh juri tu nyanyi ntah2 sama hauk
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri: Aku peliklah program macam ni. ...
dato hattan nyanyi memang sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2022 03:29 PM | Show all posts
dah tua2 ikut la program amal ibadah....apoooo...
ha boleh aku komen gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 03:36 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 6-9-2022 05:13 PM
ipa rajiah mmg teruk

hazami nampak macam lost dan unprepared kali ni.

i tak tengok
tak tahu pun sapa bertanding
hael ada tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 03:42 PM | Show all posts
sangbara2020 replied at 7-9-2022 03:29 PM
dah tua2 ikut la program amal ibadah....apoooo...
ha boleh aku komen gitu?

patut cakap kat pak² menteri dan mak² menteri sekali bab ni
sibuk ngan parti nagn kedudukan
baik duk ngaji lagi bagus

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 03:51 PM | Show all posts
try hard program ni untuk jadi tv3 answer's to GV kat astro

tapi tulah...mcm x berapa hype...forumer tak gigih nak buka thread pasal program ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lawan gv tapi tak org tak hype pun ngan show ni
Nama program pun alahai terpaling juara
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh meols nk bg cadangan lagu AJL utk hazami. Jgn dok refer to AJL yg awal2 ja, byk jer lagu2 best yg jd finalist ajl dlm 10 thn kebelakangan ni yg sesuai utk heshe
1. Tolong Ingatkan Aku Anna Rafali (buatlah arrangement ala2 tekad/gospel)
2. Awan Nano/Bahagiamu Deritaku
3. Malaikat Hazama
4. Tak Pernah Menyerah Dayang (sesuai lah kalau heshe nak turns n riff n whistling bagai). Someone tolong forward suggestion meols dkt mimi n team plz
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 6-9-2022 06:13 PM
Shaz sedap? Terjerit, melolong2 macam pontianak tak sedap yach! Sakit telinga sepanjang chorus try h ...

Tone suara yg forgettable n melolong jer kerjanya. Tolong lembutkan sikit gaya nyanyian tu shaz oi. Otherwise mmg xleh pg jauh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.256063 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list