Kucing adalah haiwan comel yang adakalanya menjadi 'gelandangan' disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pemilik mereka sendiri.
Atas dasar simpati, kadang kala ada sesetengah individu yang akan memberikan makan dan minum kepada haiwan tersebut namun terlupa menjaga kebajikan masyarakat sekeliling.
Contohnya perkongsian Khairul Hakimin Muhammad menerusi akaun Facebook yang menceritakan rakannya yang kehilangan isteri akibat demam denggi.
Gambar hiasan.
"Sedih juga. Kenalan kami kematian isterinya akibat denggi.
"KKM datang siasat di kawasan ruamhanya dan jiran sebaris semua. Semua clear.
"Tup-tup jumpa empat bekas air penuh dengan jentik-jentik dalam pagar rumah sebuah ruamh, betul-betul belakang rumah beliau," tulisnya.
Kata Khairul, bekas air yang ditemui itu adalah bekas minuman kucing tetapi seperti sudah lama tidak digunakan dan dibiarkan begitu saja.
Gambar hiasan.
"Air pula boleh jadi air hujan. Sedih tengok gambar yang beliau kongsikan,
"Sungguh. Perbuatan kita boleh jadi pembunuh jiran kita sendiri.
"Nak beri kucing makan, pahala. Nak beri kucing minum, pahala. Bersihkan selalu juga kawan-kawan, sentiasa tengok semua bekas-bekas tersebut,
"Jika nampak ada jentik-jentik, buang terus airnya dan ganti air baru. Ganti ya, please. Ganti selalu. Please berjaga-jaga dan fikir 10 kali di hadapan apa kesannya ya," katanya lagi. -CARI
Loading FB Post...
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Kalau dah denggi tak ada nya dalam bekas air kucing jiran belakang rumah je. nyamuk denggi terbang 10m je keliling rumah jiran je ke. Cuba check longkang, kedai2 dekat taman.