CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salin Tak Tumpah, Peminat Mahu Dewa Arteh Teruskan Legasi Allahyarham Mr. Os

6-9-2022 08:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2719| Komen: 14|Original author: Tatod

Sumber mStar


Pelawak baharu, Dewa Arteh atau nama sebenarnya, Mohd Hafizul, 26, mengakui bimbang apabila peminat meletakkan harapan tinggi terhadapnya untuk menyambung legasi bapanya sebagai pelawak.

Memetik laporan mStar, anak keempat kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os berkata, sehingga kini ada peminat yang masih menyamakan dirinya dengan arwah bapa kerana memiliki suara dan rupa yang hampir sama.


"Itulah payah juga sebab saya sudah cuba untuk hilangkan identiti itu dan buat cara lain tetapi suara dan rupa kami seakan-akan sama.

"Pernah satu ketika sewaktu dalam program Mencari Sepahtu Yang Hilang dan Sepahtu Reunion, saya cuba karakter lain tapi ditegur kerana nampak seperti dibuat-buat, jadi terpaksa menjadi diri sendiri seperti sekarang.


"Ramai juga yang meminta saya untuk nyanyikan lagu bapa mungkin sebab mereka rindukan arwah... bagus juga sebab dapat lepaskan rindu," katanya kepada mStar. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 6-9-2022 10:18 PM
Muka sebijik betul. Tang senyuman dan misai nampak sama
Quote pearl.silver 6-9-2022 10:26 PM
Bagus org gini
Kita tengok dia kita terikut tersenyum
Quote sharlenetexas 6-9-2022 10:27 PM
Nmpk mcm bulat dan berisi skit dari arwah mr os.


Quote che-cikL 6-9-2022 10:47 PM
Rupa dia mmg hampir iras Mr Os.
Adik beradik dia yg sama Arteh tu, walaupun rupa lain, tang suara tetap Sama dgn Arwah.
Kalau tgk MLS tu tak pandang TV, bila diorang berdua bercakap macam seorang je bunyinya. Mmg dua2 suara sama.
Quote doubleA 7-9-2022 01:44 AM
Pelawak ni pada iols la kita tengok pun dah rasa kelako, belum lagi bercakap. Silent dan guna body language pun rasa nak gelak dah macam mr bean. Kalau pelawak malaysia mcm arwah mr.os dan abon. Since org suka arwah dan anak dia resemble him, good luck in your career
Quote bintangct 7-9-2022 01:45 AM
kalo yg rmbut pjg tu sedap gila bila nyanyinrock
Quote princessjay 7-9-2022 08:49 AM
not bad suare die bile nyanyi.. mmg byk iras arwah..boleh digilap lg ni..gudluck ye
Quote adikfatin 7-9-2022 08:59 AM
Helokkkk anak arwah..kemas maksud aku. Esok dh femes jgn jd cam ali tu ye dik.rosak career
Quote Lavender_Violet 7-9-2022 10:58 AM
che-cikL replied at 6-9-2022 10:47 PM
Rupa dia mmg hampir iras Mr Os.
Adik beradik dia yg sama Arteh tu, walaupun rupa lain, tang suara te ...

Brp ramai anak2 arwah ni yg jadi pelakon / pelawak mcm dia?
Nama pun Arteh jugak ke?
Confuse lak hakak
Quote che-cikL 7-9-2022 11:31 AM
Edited by che-cikL at 7-9-2022 11:33 AM
Lavender_Violet replied at 7-9-2022 10:58 AM
Brp ramai anak2 arwah ni yg jadi pelakon / pelawak mcm dia?
Nama pun Arteh jugak ke?
Confuse lak h ...


Arteh tu Nama group diorang Kak.. dalam Mencari Sepahtu Yg Hilang diorang masuk 2 beradik. Dalam Muzikal Lawak mereka berdua campur seorang lagi retis (penyanyi Big Stage) tapi still guna nama Arteh .. hehe gitulah kisahnya.

Iols senang ingat anak yg pakai nama Dewa, sebab rupanya agak mirip ( tapi bagi iols bukanlah saling tak tumpang macam si budak TT ni mentioned). Dewa ni pun, dlm mencari Sepahtu Yang Hilang jadi pemenang utama sebab tu dia kemudiannya kerap muncul dgn Sepahtu. Yg seorang lagi tu (entah abang atau adik) hanya suara saja sama dgn ayahnya. Dia lebih chubby dan rambut panjang rebonding lagi haha. Namanya iols tak ingat, start dgn huruf H.
Quote Lavender_Violet 7-9-2022 11:34 AM
che-cikL replied at 7-9-2022 11:31 AM
Arteh tu Nama group diorang Kak.. dalam Mencari Sepahtu Yg Hilang diorang masuk 2 beradik. Dalam M ...

Oh gituwww...
Tapi mmg ada 2 orang lah anak arwah yg terlibat dlm industri skrg ni, ye?
Quote che-cikL 7-9-2022 11:47 AM
Lavender_Violet replied at 7-9-2022 11:34 AM
Oh gituwww...
Tapi mmg ada 2 orang lah anak arwah yg terlibat dlm industri skrg ni, ye?

Ya, saya, setakat yg tahu ni mereka berdua ni.
Quote iznanaziz 7-9-2022 03:56 PM
che-cikL replied at 6-9-2022 10:47 PM
Rupa dia mmg hampir iras Mr Os.
Adik beradik dia yg sama Arteh tu, walaupun rupa lain, tang suara te ...

tak tahu tu anak arwah Mr Os
bila dgr dia berckp..eh, suara dia mcm Mr Os la
rupanya mmg betul

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054901 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top