Sumber mStar
Pelawak baharu, Dewa Arteh atau nama sebenarnya, Mohd Hafizul, 26, mengakui bimbang apabila peminat meletakkan harapan tinggi terhadapnya untuk menyambung legasi bapanya sebagai pelawak.
Memetik laporan mStar, anak keempat kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os berkata, sehingga kini ada peminat yang masih menyamakan dirinya dengan arwah bapa kerana memiliki suara dan rupa yang hampir sama.
"Itulah payah juga sebab saya sudah cuba untuk hilangkan identiti itu dan buat cara lain tetapi suara dan rupa kami seakan-akan sama.
"ernah satu ketika sewaktu dalam program Mencari Sepahtu Yang Hilang dan Sepahtu Reunion, saya cuba karakter lain tapi ditegur kerana nampak seperti dibuat-buat, jadi terpaksa menjadi diri sendiri seperti sekarang.
"Ramai juga yang meminta saya untuk nyanyikan lagu bapa mungkin sebab mereka rindukan arwah... bagus juga sebab dapat lepaskan rindu," katanya kepada mStar. - CARI
|