Bangkok: Selepas melakukan prosedur mencacah tatu di keningnya, seorang wanita Thailand terpaksa menahan mahu apabila mempunyai dua pasang kening di mukanya lebih setahun.
Oddity Central melaporkan, tatu kening cukup popular di seluruh dunia. Apabila dilakukan dengan betul, individu mungkin tampak lebih cantik, tetapi malangnya itu bukan pengalaman wanita berusia 32 tahun itu yang mengalami mimpi ngeri kerana prosedur tatu yang dilakukan, gagal. Kira-kira setahun lalu, Nipapron Meeking membayar 1,500 baht (kira-kira RM185) di klinik kecantikan kecil di wilayah Rayong, timur Thailand, dengan harapan dia akan memiliki sepasang kening yang tebal dan cantik.
Bagaimanapun, prosedur itu tidak menjadi apabila dia mempunyai dua pasang kening. "Saya masih ingat mahu melancong dengan rakan dan mahu 'kening baharu'. "Seorang kawan mencadangkan sebuah kedai untuk (tujuan itu). Selepas prosedur itu, saya melihat cermin dan tidak (dapat) bersuara," katanya. Pada mulanya, kakitangan klinik berjanji untuk memperbaiki kesilapan itu secara percuma pada keesokan harinya. Itu membuatkan Nipapron sedikit lega, tetapi keesokan hari, dia mendapati premis itu sudah ditutup. Klinik itu tidak dibuka lagi dan dia terpaksa hidup dengan empat kening di mukanya. Ini benar-benar menjejaskan keyakinan dirinya dan dia mula menghabiskan lebih banyak masa di rumah, kerana malu untuk menunjukkan mukanya di khalayak ramai. "Saya juga pergi ke pelukis tatu yang berbeza tetapi mereka tidak dapat memperbaikinya," kata Nipapron. Pada akhirnya, dia berjaya mencari seorang artis tatu yang memutuskan untuk membantunya memadamkan kening palsu secara percuma. Pattawee Phumkasem mengetahui mengenai nasib Nipapron dalam talian dan menghubunginya, menawarkan untuk membantunya secara percuma. Ia walaupun prosedur pemadaman tatu biasanya menelan kos lebih daripada AS$400 (kira-kira RM1,796). -CARI Sumber: Harian Metro
|
supernaturalee replied at 6-9-2022 12:25 PM
shinnosuke nohara tersenyum sinis
pekanwoohoo replied at 6-9-2022 12:30 PM
Gigih google agaknya siapalah punya nama tu, rasa macam familiar. Rupa-rupanya memang familiar. Te ...
mesmerize replied at 6-9-2022 01:25 PM
kening asal dah elok cuma tinggal rapikan aje .. tapi tu lah bila tak reti bersyukur gini lah jadin ...
ADVERTISEMENT