CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Pemilik Ysuku Di Pantai Timur Tak Bayar Ansuran Bulanan

6-9-2022 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1488| Komen: 9

Pemilik sebuah kedai motosikal mendedahkan kira-kira 160 individu kini ‘disenarai hitamkan’ kerana tidak membayar ansuran bulanan pinjaman mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Motor Mok Mung, daripada jumlah itu, lebih 50 peratus adalah pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau (Ysuku).

Jelas kedai itu lagi, kebanyakan mereka tertangguh bayaran antara enam bulan sehingga 36 bulan (tiga tahun) dan kesemua pinjaman dibuat menerusi pinjaman kedai (loan kedai).


Foto: Kosmo

Selain Yamaha Y15R, antara motosikal yang masih tertunggak bayaran adalah Yamaha NVX, Yamaha R15, Yamaha Ego LC, Honda Beat dan Honda RS.


Menurut pemilik kedai terbabit, tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

“Amaran tunggakan motor loan kedai. Sila jelaskan segera, kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan selanjutnya.

“Pandai hutang, pandai bayar. Anda settle (jelaskan) bayaran, kami delete (buang) nama anda dari senarai ini, ” tulis mereka di Facebook semalam.

Difahamkan kedai berkenaan terletak di sebuah negeri di Pantai Timur.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan mereka yang membeli motosikal tetapi tidak membayar ansuran bulanan sehingga menyusahkan pihak kedai.

“Amboi pandai buat pinjaman bila nak bergaya suruh bayar liat memasing,” tulis Muhammad Syarafi.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Shahiruddin Ismail.

“Ini baru betul biar papa asal bergaya, ikut sangat trend Y15 dengan NVX, konvoi sana konvoi sini tapi hutang tak nak bayar,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 6-9-2022 12:12 PM
Rugi sebenarnya amik loan moto ni. Kalo mampu, beli je cash terus
Quote FOTHER-MUCKER 6-9-2022 12:15 PM
Berani menggunakan motosikal tiada roadtax dan insurance
Quote totokreturn. 6-9-2022 12:16 PM
mesti interest yang dikenakan kaw kaw punya tinggi yg memboleh tuan kedai mampu beli beli alphard baru
Quote Tembikaigoreng 6-9-2022 01:40 PM
mojarean_X: Rugi sebenarnya amik loan moto ...


Masalahnya kedai jarang nak jual cash... Seribu satu alasan dorang bagi
Quote bulalof 6-9-2022 02:18 PM
bior pape, asei bergaye......
Quote piep 6-9-2022 04:17 PM
mojarean_X replied at 6-9-2022 12:12 PM
Rugi sebenarnya amik loan moto ni. Kalo mampu, beli je cash terus

kadang nk beli cash stok moto tu x de.. kalau beli ansuran ada pulak huhu.. kes2 cmni mmg da plan da tu.. kalau blacklist kedai n kena ctos je.. lagi2 muda x pikir apa
Quote Supersirap 6-9-2022 04:30 PM
Dah nama pun hutang, wajib bayar maa
Quote hayrin86 6-9-2022 04:31 PM
mojarean_X replied at 6-9-2022 12:12 PM
Rugi sebenarnya amik loan moto ni. Kalo mampu, beli je cash terus

Setuju..                     

Quote jaj@ 7-9-2022 12:05 PM
Tembikaigoreng replied at 6-9-2022 01:40 PM
Masalahnya kedai jarang nak jual cash... Seribu satu alasan dorang bagi

betul.. kedai lg layan klu bli hutang.. puas la aritu cari kedai yg bole beli cash... gigih order kat kuala kangsar br dapat beli cash..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.064207 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top