Nad Zainal, 32, menafikan spekulasi yang mengaitkan perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin, berlaku disebabkan orang ketiga.
Nad, menjelaskan, kenyataannya dalam sebuah rancangan hiburan tempatan berkenaan orang ketiga, baru-baru ini, tidak ada kena mengena dengan kegagalan rumah tangganya. “Berikutan video temu ramah yang tular, ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangga saya sebelum ini, yang mana tidak benar. “Itu hanya temu ramah berkenaan isu curang dalam rumah tangga rentetan daripada tayangan finale drama Dendam Seorang Isteri,” tulisnya.
|
ADVERTISEMENT