|
Nad Zainal, 32, menafikan spekulasi yang mengaitkan perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin, berlaku disebabkan orang ketiga.
Nad, menjelaskan, kenyataannya dalam sebuah rancangan hiburan tempatan berkenaan orang ketiga, baru-baru ini, tidak ada kena mengena dengan kegagalan rumah tangganya.
Foto: IG
“Berikutan video temu ramah yang tular, ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangga saya sebelum ini, yang mana tidak benar.
“Itu hanya temu ramah berkenaan isu curang dalam rumah tangga rentetan daripada tayangan finale drama Dendam Seorang Isteri,” tulisnya.
Nad mengakui, terganggu dengan spekulasi berkenaan dan berharap agar ia dihentikan dan tidak terus disebarkan.
“Saya terganggu dengan spekulasi berbangkit. Tolong hentikan. Tiada orang ketiga.
“Apa yang terjadi tidak perlu dikongsi. Tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh. Lets move on,” tambahnya.
Nad, baru-baru ini mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan perceraiannya dengan Faliq.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim serta Budi Kalsom. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|