Selepas dua tahun tidak bersiaran, program pencarian bakat remaja wanita, Dewi Remaja edisi 2022 kembali menuai perbincangan peminat apabila melabuhkan tirainya malam Sabtu lalu.
Edisi berkenaan yang mula menemui penonton sejak 16 Julai lalu menerusi saluran Astro Ria (104) menyaksikan peserta dari Sabah, Tracie Sinidol mengungguli gelaran Juara Dewi Remaja 2022. Tracie yang dilahirkan pada 2001, bukan sahaja memiliki pakej rupa paras cantik dan menawan tetapi keterampilannya di pentas akhir program berkenaan yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil berjaya menambat hati juri dan penonton.
Kemenangan pada malam tersebut membolehkan Tracie yang merupakan peranakan Murut dan Dusun membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi. Selain gelaran juara, dia juga turut memenangi kategori Dewi Favourite yang merupakan hasil undian peminat secara dalam talian. Dewi Remaja 2022 turut menyaksikan tempat kedua dimenangi Bee dengan hadiah RM7,000, Kimberly di tempat ketiga (RM5,000), manakala Alyssa tempat keempat (RM1,000). Ujar Tracie tentang kemenangannya, dia langsung tidak menyangka penyertaan dalam program berkenaan memberi sinar kejayaan sehingga berjaya bergelar juara. Tetapi ujar si cantik manis itu, dia mahu menjadikan kemenangan yang dimiliki sebagai pembuka jalan untuk meneroka industri seni sekali gus menebarkan pesonanya. “Sabah kaya dengan bakat tapi sayangnya kami tiada peluang untuk kembangkannya kerana banyak faktor. Paling ketara adalah dialek. “Jadi sekarang usaha saya memang untuk memperbaiki dialek Sabah dengan belajar bahasa baku menerusi tontonan filem, drama serta lagu selain pembawaan diri di hadapan orang ramai,” katanya. Sejak menyertai Dewi Remaja 2022, Tracie menjadi bualan hangat apabila wajahnya dikatakan mirip aktres popular Mira Filzah. Ditanya tentang perkara tersebut, wanita berusia 21 tahun itu menjawab, selepas ini dia seboleh-bolehnya enggan lagi dikaitkan dengan aktres itu. Bukan tidak suka tetapi dia bertegas mahu membina identiti sendiri dan bukannya ‘menumpang’ bayangan populariti Mira. “Terima kasih atas kemenangan ini, saya dah cipta gelaran baharu. Henti cakap saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022. “Bukan tak suka dikaitkan, saya tak nafikan ada kelebihan apabila orang gelar saya kembar Mira, contohnya diberi tawaran kerja. Tetapi saya tak nak nama tenggelam dan orang ingat saya kerana Mira. Saya perlu ada identiti sendiri,” tegasnya. Mengikuti rapat kedudukan di tempat kedua, kata naib juara Dewi Remaja 2022 iaitu Bee, dia mahu mempersiapkan diri dengan lebih baik sebelum benar-benar bersedia menyertai industri. “Perancangan selepas ini, saya nak bina tapak dahulu dalam industri. Sebab kita semua tahu, industri seni sangat ‘kental’. Jadi saya perlu persiapkan diri untuk baiki apa yang kurang. “Sekarang dah 70 peratus, berbaki lagi 30 peratus untuk saya ‘grooming’ diri sendiri,” ujarnya yang mengimpikan berlakon genre aksi dan mengakui lebih gemar bekerja untuk filem berbanding drama. -CARI Sumber: Kosmo
|
tasha replied at 6-9-2022 02:27 AM
Marhaen sgt rupanya....Malaysia mmg dh kekurangan org cantik ke?
tasha replied at 6-9-2022 10:27 AM
Marhaen sgt rupanya....Malaysia mmg dh kekurangan org cantik ke?
tasha replied at 6-9-2022 10:27 AM
Marhaen sgt rupanya....Malaysia mmg dh kekurangan org cantik ke?
tasha replied at 6-9-2022 10:27 AM
Marhaen sgt rupanya....Malaysia mmg dh kekurangan org cantik ke?
tasha replied at 6-9-2022 10:27 AM
Marhaen sgt rupanya....Malaysia mmg dh kekurangan org cantik ke?
September14 replied at 6-9-2022 01:48 PM
Bagi iol mmg malaysia kekurangan org cantik sbb tgk miss malaysia pun lg sendu paras rupa bbanding ...
ADVERTISEMENT