View: 3850|Reply: 29
|
"Saya Tak Nak Nama Tenggelam," -Tracie Sinidol Tak Mahu Ada Kaitan Dengan Mira Filzah
[Copy link]
|
|
Selepas dua tahun tidak bersiaran, program pencarian bakat remaja wanita, Dewi Remaja edisi 2022 kembali menuai perbincangan peminat apabila melabuhkan tirainya malam Sabtu lalu.
Edisi berkenaan yang mula menemui penonton sejak 16 Julai lalu menerusi saluran Astro Ria (104) menyaksikan peserta dari Sabah, Tracie Sinidol mengungguli gelaran Juara Dewi Remaja 2022.
Foto: Kosmo
Tracie yang dilahirkan pada 2001, bukan sahaja memiliki pakej rupa paras cantik dan menawan tetapi keterampilannya di pentas akhir program berkenaan yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil berjaya menambat hati juri dan penonton.
Kemenangan pada malam tersebut membolehkan Tracie yang merupakan peranakan Murut dan Dusun membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.
Selain gelaran juara, dia juga turut memenangi kategori Dewi Favourite yang merupakan hasil undian peminat secara dalam talian.
Foto: Kosmo
Dewi Remaja 2022 turut menyaksikan tempat kedua dimenangi Bee dengan hadiah RM7,000, Kimberly di tempat ketiga (RM5,000), manakala Alyssa tempat keempat (RM1,000).
Ujar Tracie tentang kemenangannya, dia langsung tidak menyangka penyertaan dalam program berkenaan memberi sinar kejayaan sehingga berjaya bergelar juara.
Tetapi ujar si cantik manis itu, dia mahu menjadikan kemenangan yang dimiliki sebagai pembuka jalan untuk meneroka industri seni sekali gus menebarkan pesonanya.
“Sabah kaya dengan bakat tapi sayangnya kami tiada peluang untuk kembangkannya kerana banyak faktor. Paling ketara adalah dialek.
“Jadi sekarang usaha saya memang untuk memperbaiki dialek Sabah dengan belajar bahasa baku menerusi tontonan filem, drama serta lagu selain pembawaan diri di hadapan orang ramai,” katanya.
Foto: Kosmo
Sejak menyertai Dewi Remaja 2022, Tracie menjadi bualan hangat apabila wajahnya dikatakan mirip aktres popular Mira Filzah.
Ditanya tentang perkara tersebut, wanita berusia 21 tahun itu menjawab, selepas ini dia seboleh-bolehnya enggan lagi dikaitkan dengan aktres itu.
Bukan tidak suka tetapi dia bertegas mahu membina identiti sendiri dan bukannya ‘menumpang’ bayangan populariti Mira.
“Terima kasih atas kemenangan ini, saya dah cipta gelaran baharu. Henti cakap saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022.
“Bukan tak suka dikaitkan, saya tak nafikan ada kelebihan apabila orang gelar saya kembar Mira, contohnya diberi tawaran kerja. Tetapi saya tak nak nama tenggelam dan orang ingat saya kerana Mira. Saya perlu ada identiti sendiri,” tegasnya.
Mengikuti rapat kedudukan di tempat kedua, kata naib juara Dewi Remaja 2022 iaitu Bee, dia mahu mempersiapkan diri dengan lebih baik sebelum benar-benar bersedia menyertai industri.
Foto: Kosmo
“Perancangan selepas ini, saya nak bina tapak dahulu dalam industri. Sebab kita semua tahu, industri seni sangat ‘kental’. Jadi saya perlu persiapkan diri untuk baiki apa yang kurang.
“Sekarang dah 70 peratus, berbaki lagi 30 peratus untuk saya ‘grooming’ diri sendiri,” ujarnya yang mengimpikan berlakon genre aksi dan mengakui lebih gemar bekerja untuk filem berbanding drama. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
DR ke HR sekarang ni semua muka biasa je. Xde X factor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Marhaen sgt rupanya....Malaysia mmg dh kekurangan org cantik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
terus nak ke filem..... |
|
|
|
|
|
|
|
orang cantik pun sekarang ramai yg berkerjaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia lg cntik dri migha basic |
|
|
|
|
|
|
|
Celah mana yg muka sama macam mira basic ituuuu |
|
|
|
|
|
|
|
If nak kata iras.. Nicole lg iras kot.. Cer cari ig lifeas.nicole. |
|
|
|
|
|
|
|
tak gosok gigi ke....bersepat karang gigi |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi ke Tracie ni? Kalau tinggi masuk Miss Universe Malaysia la. |
|
|
|
|
|
|
|
yg marhaen jer beria
msuk kontes neh chouls
yg ada rupa mmg idok ler
skrg pun HR DR bnyk sendu
tak ler secantik sekacak delulu
|
|
|
|
|
|
|
|
For me, muka dia typical borneon sangaaat. Plus, bila dia cakap turn off lah sbb slang sabahan. |
|
|
|
|
|
|
|
tasha replied at 6-9-2022 10:27 AM
Marhaen sgt rupanya....Malaysia mmg dh kekurangan org cantik ke?
Org cantik dan bijak x layan contest2 mcm ni. Semua kejar ada kerjaya professional |
|
|
|
|
|
|
|
Can can laa |
|
|
|
|
|
|
|
Comel jgk lah tp bkn level ratu tp oklah sbb dia agak glemer bbanding dgn pemenang sebelum ni yg mmg sendu habis… |
|
|
|
|
|
|
|
tasha replied at 6-9-2022 10:27 AM
Marhaen sgt rupanya....Malaysia mmg dh kekurangan org cantik ke?
Bagi iol mmg malaysia kekurangan org cantik sbb tgk miss malaysia pun lg sendu paras rupa bbanding dewi ni even kt luar pun susah nak nampak ppuan cantik…. Klu lelaki mcm smkin ramai yg ensem2 leh nampak dpn mata sdri. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pelik la..nape lemak x masuk DR?aku nk tgk gak PR dia mcm mana..padahal kturunan DR tu.akak dia acik pakyu dia. |
|
|
|
|
|
|
|
msia ramai jer yg cantik, cuma yg cantik ni koser nk masuk prtandingan DR camni. haaagiteww.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mendeluk at 6-9-2022 02:43 PM
September14 replied at 6-9-2022 01:48 PM
Bagi iol mmg malaysia kekurangan org cantik sbb tgk miss malaysia pun lg sendu paras rupa bbanding ...
Youuuu. Sape cakap malaysia tak cantik? Haha. Kita ini sebab agama islam nak masuk beauty pageant amatlah terhad. So yg masuk pun muka typical chinese look/borneon.
Truthfully, orang melayu sebenarnya ramai cantik2. Tengok yg influencer pakai tudung cantik jugak. Itu kalau tak pakai tudung, memang teserlah cantik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|