|
Suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar atau Emir, 32, menyifatkan dua tahun membina rumah tangga bersama cukup indah dan bersyukur dikurniakan isteri terbaik.
Emir menerusi sebuah coretan berkata Mira, 29, seorang insan yang cukup luar biasa dan tidak berhenti mengagumi keperibadian pelakon terbabit. "Nur Amirah Filzah Isteriku Syurgaku, di mataku, dirimu insan luar biasa. Banyak pengalaman tercipta, memori terukir sejak kita membina rumah tangga bersama dua tahun yang lalu. "Ada suka dan duka, ada pengorbanan dan kejayaan. Tetapi apa yang pasti adalah sifat semula jadi dirimu yang cukup penyayang, pemurah dalam berbudi dan berbakti, memberi terbaik dan segalanya dalam sesuatu perkara.
"Sifatmu ini terus dan sentiasa menawan hatiku terhadap dirimu wahai isteriku, dan menjadi inspirasi dan peringatan buat diriku sendiri setiap hari," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.036663 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.