CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1288|Reply: 6

Penyayang, Pemurah, Memberi Yang Terbaik- Suami Kagum Dengan Sikap Semula Jadi Mira Filzah

[Copy link]
Post time 5-9-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar atau Emir, 32, menyifatkan dua tahun membina rumah tangga bersama cukup indah dan bersyukur dikurniakan isteri terbaik.


Emir menerusi sebuah coretan berkata Mira, 29, seorang insan yang cukup luar biasa dan tidak berhenti mengagumi keperibadian pelakon terbabit.




Foto: IG




"Nur Amirah Filzah Isteriku Syurgaku, di mataku, dirimu insan luar biasa. Banyak pengalaman tercipta, memori terukir sejak kita membina rumah tangga bersama dua tahun yang lalu.


"Ada suka dan duka, ada pengorbanan dan kejayaan. Tetapi apa yang pasti adalah sifat semula jadi dirimu yang cukup penyayang, pemurah dalam berbudi dan berbakti, memberi terbaik dan segalanya dalam sesuatu perkara.


"Sifatmu ini terus dan sentiasa menawan hatiku terhadap dirimu wahai isteriku, dan menjadi inspirasi dan peringatan buat diriku sendiri setiap hari," katanya.




  



Emir turut melahirkan rasa syukur apabila perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran putera sulung, Wan Khair Amir serta sifat keibuan Mira menjaga cahaya mata mereka.


"Kami tunjukkan ciri serta ikatan keibuan yang luar biasa sejak kita mendapat tahu mengenai kehadirannya. Saya semakin nampak dengan jelas bagaimana bersungguhnya kamu menjaganya dan besarkan keluarga kita.




  



"Bersama kita berdoa dan zahirkan keinsafan dan kesyukuran, moga usaha kita dalam membina keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah, sentiasa dilindungi dan dipimpin-Nya, aamin YRA," katanya.


  



Pasangan itu berkahwin pada 3 September 2020 sebelum Mira berkongsi mengenai kehamilannya pada Januari lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 2 tahun kawin eh knapa rasa mcm dh lamaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay

*sambil sambung balik tengok upin ipin raya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
SUKA sungguhhh asben kakaknya nganga molot bila bgambaq
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Zizik la ko neh... Yih sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmmkayyy. Kibas rambut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo..yeke?ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074150 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list