CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Keluarga Selamba Bentang Tikar, Bawa Keluar Bekas Makanan- Dah Macam Berkelah, Tapi Dalam KLIA

5-9-2022 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14337| Komen: 194

Kebiasaannya lokasi seperti sungai, pantai mahupun taman rekreasi menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bagaimanapun kali ini sekumpulan individu dipercayai sebuah keluarga dilihat begitu selamba membentang tikar sambil menghidangkan makanan seperti sedang berkelah di ruangan menunggu sebuah lapangan terbang.

Suasana itu dapat dilihat menerusi rakaman berdurasi 14 yang pada mulanya dimuat naik di TikTok sebelum dikongsikan semula di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini oleh seorang individu.



Keghairahan keluarga berkenaan menjamah bekalan yang dibawa mengundang pelbagai reaksi netizen.


"Picnic di KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Bincangkan," tulis pengguna Facebook bersama video yang dikongsikan semula itu.

Berdasarkan rakaman, difahamkan kumpulan berkenaan membawa bekalan dari rumah apabila kelihatan nasi yang dihidangkan bersama periuk selain beberapa menu lain serta buah tembikai potong yang diletakkan dalam bekas makanan.

Di ruangan komen mendapati rata-rata warganet melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan keluarga ini.



Terdapat juga netizen mempersoalkan tentang ketiadaan petugas lapangan terbang untuk menegur keluarga ini yang berkemungkinan mengganggu keselesaan pengguna lain.

“Boleh ke? Satu, kebersihan. Dua, keselesaan orang sekeliling. Benda macam ni pihak keselamatan airport kena peka.

“Secara teori tak salah tapi saya tak setuju sebab fikirkan keselesaan orang lain.

“Imej airport pun nak kena jaga. Melainkan ada tempat spesifik yang lapangan terbang sediakan bagi penumpang yang lama menunggu,” tulis salah seorang netizen.

Selain itu turut dipertikaikan juga ialah mengapa keluarga ini tidak menggunakan kemudahan disediakan kerana rata-rata lapangan terbang mempunyai medan selera dengan ruang yang selesa dan luas.

“Biasanya kawasan sebegini ada food court atau tempat makan. Tapi saya tak pasti mengapa mereka makan di tempat tak sepatutnya.

“Food court kan ada dekat bawah tu. Kenapa tak makan dekat situ. Orang-orang kita ni pun kadang-kadang satu hal juga. Dalam hidup ni kita ada aturan.

"Ada tempat makan, wuduk, tandas dan tempat boleh duduk sahaja tak boleh tidur. Kalau main langgar saja semua baik tak payah ada peraturan. Common sense kut,” ujar netizen.

Bukan itu saja, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan apa yang berlaku berkait rapat dengan isu mentaliti dan cara berfikir.

Kata mereka tingkah laku berkenaan mencerminkan tahap mentaliti dan ketamadunan seseorang.

“Kalau tak menyusahkan orang, tak buat kotor, tak apalah. Tapi kalau buat kotor dan ganggu orang lalu lalang, memang tipikal B40 duduk rumah flat.

“Nak tegur tapi disuruh husnuzon. Sampai bila-bila kita tak boleh ubah mentaliti masyarakat kita. Jadi miskin, tak cerdik, (perangai) ‘kampung’ tak salah tapi tak peka tentang adab dan peraturan tu yang salah.

“Apa bendalah yang nak dibuktikan. Ini memang isu mentaliti boleh saja kalau dah nak bawa bekal sangat tu bungkus per person tak perlu nak set up macam berkelah tepi pasir putih tepi pantai,” komen warganet.

Walaupun dinyatakan kejadian berlaku di KLIA, tetapi tidak dapat dipastikan tentang lokasi sebenar kumpulan berkenaan berkelah.

Semakan mStar mendapati bahawa pemilik asal yang memuat naik video itu sudah memadam rakaman tersebut namun malangnya ia tersebar luas di platform media sosial lain. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 4-9-2022 03:40 PM
[fbp]https://www.facebook.com/kosmo.online/posts/pfbid02U5LghbbrZ9y49rX5WZ5oQc94xthrwnvGNa3DVjoMNmCsPhJX7VcQJNGpx68vgwMql[/fbp]



Quote Friska 4-9-2022 03:43 PM

Tangkap layar klip video sebuah keluarga sedang menjamu selera di lantai sebuah lapangan terbang.

Dikecam hidang makananan macam rumah sendiri di lapangan terbang
Oleh KOSMO! 4 September 2022, 12:07 pm

PETALING JAYA – Sekumpulan ahli keluarga bertindak seolah-olah sedang berkelah di ruangan menunggu sebuah lapangan terbang dengan membentangkan tikar dan duduk beramai-ramai di lantai sambil menjamah makanan.

Perkongsian klip video yan tular di Facebook itu memaparkan, keluarga tersebut menghidangkan nasi dalam periuk nasi beserta lauk-pauk untuk dimakan beramai-ramai.

Bagaimanapun, lokasi lapangan terbang tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Klip video yang tular itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mengecam tindakan keluarga tersebut untuk mendapatkan tempat yang lebih sesuai menjamu selera.

“Keluarga yang berpegang pada ‘kami tak kacau duit sesiapa’,” kata Johan.

“tak pasal-pasal satu lapangan terbang bau lauk dia,” ujar Syafiq Roman.

“Cari meja lagi baik, lantai orang lalu-lalang tu,” kata Moshi Zui. – KOSMO! ONLINE

Quote cheezel 4-9-2022 03:54 PM
K e l a n t a n baru keluar gua nih
Quote FOTHER-MUCKER 4-9-2022 04:00 PM
Macamana boleh bawa semua tu? Takan lepas security check bila nak menaiki pesawat, ataupun hanya hantar ahli keluarga sampai airport sahaja?
Quote Samerosie 4-9-2022 04:05 PM
FOTHER-MUCKER replied at 4-9-2022 04:00 PM
Macamana boleh bawa semua tu? Takan lepas security check bila nak menaiki pesawat, ataupun hanya han ...

Maybe hantar orang kut satu family jalan jauh early start so bawa bekal.  Ni mcm kat klia depan tu nampak check in counter.
Quote Supersirap 4-9-2022 04:07 PM
Semoga perkara ini diambil perharian kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan kebajikan para penumpang di lapangan terbang sentiasa terjamin
Quote minahsenget 4-9-2022 04:14 PM
ishhhh tak sanggup ler mkn cara gitu
Quote aechae 4-9-2022 04:15 PM
Kt foodcourt bwh tu x ramai org sgt pn elok ada meja n kerusi, lawa lps renovate…beli lh air 1-2 gelas klu rsa bersalah bwa mknan dr luar…
Quote slyfynx 4-9-2022 04:17 PM




Idola no 1 Malaysia buat, yang lain perlu contohi.
Quote Themilo 4-9-2022 04:19 PM
sebijik macam Indon kat Medan, masa mula-mula aiport baru bukak..
Quote kechikchomel 4-9-2022 04:20 PM
slyfynx replied at 4-9-2022 04:17 PM
Idola no 1 Malaysia buat, yang lain perlu contohi.

Iolss pun teringat pasal alip sokeri ni
Quote unguaurora 4-9-2022 04:24 PM
Themilo replied at 4-9-2022 04:19 PM
sebijik macam Indon kat Medan, masa mula-mula aiport baru bukak..

Oh ye ke? Tp airport sana cantik. Baru dan moden. X nmpk plak aksi ala2 alep sokri
Quote renko 4-9-2022 04:26 PM
Perangai lancau lapar perhatian
Ujung2 ponder produk babi2
Quote ezacbee 4-9-2022 04:28 PM
Camtu ramai2 pakat tumpang sekali makan... tengok pe reaksi dia
Quote .HannahMontana. 4-9-2022 04:30 PM

Sebab orang yang buat perkara begini xde rasa malu dna segan terhadap apa yg mereka lakukan DAN keinginan untuk  MENDAPAT PERHATIAN itu juga stau penyakit

mohon jasa buruk KJ carikan vaksin nakharommmm untuk mereka mereka yang gilakan PERHATIAN
Quote sambaldurian 4-9-2022 04:37 PM
Klu jenis ko beli tiket pukul 6 petang kena sidai sampai tgh malam sbb kapal 6 ptg tu x cukup penuh, standby je buat gitu. Tp klu airlines tu jenis efficient, saja2 ko dtg awal, tu ngengade namanya.
Quote LadyCarefree 4-9-2022 05:11 PM
Islamic kot buat benda gini. Sskjp kan.
Quote sharlenetexas 4-9-2022 05:15 PM
Darat ulu legeh.


Quote sharlenetexas 4-9-2022 05:16 PM
Takde ke yg berkelah makan lauk gulai babi?


Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.080860 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top