View: 13299|Reply: 193
|
[Tempatan]
(Video) Keluarga dikecam selepas 'berkelah' di KLIA, siap bentang tikar macam di tepi pantai
[Copy link]
|
|
Edited by Rockafella at 5-9-2022 01:44 PM

Keluarga Ini Dikecam Lepas Berkelah Di Lapangan Terbang, Siap Bentang Tikar Macam Tepi Pantai
by Hafiz Ahmad about 2 hours ago
Menunggu pesawat di lapangan terbang kadangkala boleh jadi memenatkan. Itu belum dicampur dengan waktu pelepasan pesawat yang ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Namun, lain pula ceritanya buat sebuah keluarga ini yang berkelah di ruangan menunggu lapangan terbang.
Berkelah di lapangan terbang
Menerusi satu video TikTok yang dikongsikan oleh seorang individu, dia menunjukkan video ahli keluarganya seolah-olah sedang berkelah di ruangan menunggu lapangan terbang. Seperti berada di tepi pantai, video tersebut memperlihatkan mereka membentangkan tikar dan duduk beramai-ramai di atas lantai.


Turut kelihatan mereka menghidangkan nasi dalam periuk, di samping ada lauk-pauk pelbagai aneka untuk dijamah beramai-ramai. Video yang memaparkan situasi seolah-olah sedang berkelah ini ternyata mendapat perhatian ramai warganet.
Tiada yang tegur ke?
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet kurang bersetuju dengan tindakan keluarga ini yang berkelah di ruangan menunggu lapangan terbang. Jelas mereka, ini akan membuatkan orang di sekitar berasa tidak selesa.
Ada juga warganet mempersoalkan mengapa tiada pengawal keselamatan yang menegur keluarga ini yang berkemungkinan akan mengganggu orang awam. Walhal, rata-rata lapangan terbang mempunyai medan selera dengan ruang yang luas.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Tangkap layar klip video sebuah keluarga sedang menjamu selera di lantai sebuah lapangan terbang.
Dikecam hidang makananan macam rumah sendiri di lapangan terbang
Oleh KOSMO! 4 September 2022, 12:07 pm
PETALING JAYA – Sekumpulan ahli keluarga bertindak seolah-olah sedang berkelah di ruangan menunggu sebuah lapangan terbang dengan membentangkan tikar dan duduk beramai-ramai di lantai sambil menjamah makanan.
Perkongsian klip video yan tular di Facebook itu memaparkan, keluarga tersebut menghidangkan nasi dalam periuk nasi beserta lauk-pauk untuk dimakan beramai-ramai.
Bagaimanapun, lokasi lapangan terbang tersebut masih tidak dapat dipastikan.
Klip video yang tular itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mengecam tindakan keluarga tersebut untuk mendapatkan tempat yang lebih sesuai menjamu selera.
“Keluarga yang berpegang pada ‘kami tak kacau duit sesiapa’,” kata Johan.
“tak pasal-pasal satu lapangan terbang bau lauk dia,” ujar Syafiq Roman.
“Cari meja lagi baik, lantai orang lalu-lalang tu,” kata Moshi Zui. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
K e l a n t a n baru keluar gua nih |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana boleh bawa semua tu? Takan lepas security check bila nak menaiki pesawat, ataupun hanya hantar ahli keluarga sampai airport sahaja? |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 4-9-2022 04:00 PM
Macamana boleh bawa semua tu? Takan lepas security check bila nak menaiki pesawat, ataupun hanya han ...
Maybe hantar orang kut satu family jalan jauh early start so bawa bekal. Ni mcm kat klia depan tu nampak check in counter. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga perkara ini diambil perharian kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan kebajikan para penumpang di lapangan terbang sentiasa terjamin |
|
|
|
|
|
|
|
ishhhh tak sanggup ler mkn cara gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Kt foodcourt bwh tu x ramai org sgt pn elok ada meja n kerusi, lawa lps renovate…beli lh air 1-2 gelas klu rsa bersalah bwa mknan dr luar… |
|
|
|
|
|
|
|


Idola no 1 Malaysia buat, yang lain perlu contohi. |
|
|
|
|
|
|
|
sebijik macam Indon kat Medan, masa mula-mula aiport baru bukak.. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 4-9-2022 04:17 PM
Idola no 1 Malaysia buat, yang lain perlu contohi.
Iolss pun teringat pasal alip sokeri ni
 |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 4-9-2022 04:19 PM
sebijik macam Indon kat Medan, masa mula-mula aiport baru bukak..
Oh ye ke? Tp airport sana cantik. Baru dan moden. X nmpk plak aksi ala2 alep sokri |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai lancau lapar perhatian
Ujung2 ponder produk babi2 |
|
|
|
|
|
|
|
Camtu ramai2 pakat tumpang sekali makan... tengok pe reaksi dia  |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab orang yang buat perkara begini xde rasa malu dna segan terhadap apa yg mereka lakukan DAN keinginan untuk MENDAPAT PERHATIAN itu juga stau penyakit
mohon jasa buruk KJ carikan vaksin nakharommmm untuk mereka mereka yang gilakan PERHATIAN |
|
|
|
|
|
|
|
Klu jenis ko beli tiket pukul 6 petang kena sidai sampai tgh malam sbb kapal 6 ptg tu x cukup penuh, standby je buat gitu. Tp klu airlines tu jenis efficient, saja2 ko dtg awal, tu ngengade namanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Islamic kot buat benda gini. Sskjp kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke yg berkelah makan lauk gulai babi?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|