Tular sebuah video di Twitter memaparkan wanita berhijab mempromosikan produk losen badan.
Bagaimanapun, dia dicemuh warganet kerana penampilannya yang mencolok mata! Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali Arieff, wanita berbaju warna peach lembut dan merah jambu sedang menguar-uarkan kebaikan losen badan yang dijual di dalam sebuah kereta.
Twitter Bukan saja gaya tudungnya dipertikaikan, malah ‘lurah’ yang 'dibelanjanya' itu mencetus kemarahan netizen. “Ni tudung style apa pairing dengan cleavage ni?” ciap Arieff. Namun, ramai beranggapan wanita berkenaan sanggup dikeji demi meraih perhatian bagi melariskan produk. Difahamkan wanita berkenaan adalah salah seorang influencer di media sosial dan sering memakai fesyen hijab sebegitu. Sumber: Oh My Media |
Meiizu replied at 4-9-2022 02:16 PM
Me ollss suka tgok cite omputeh pakai scarf kat leher
ADVERTISEMENT