Seorang wanita di wilayah Prachin Buri, Thailand mengalami trauma apabila rumahnya diceroboh oleh seekor gajah liar yang mencuri bekalan ikan masin, lapor laman berita Thaiger kelmarin.
Pranee Saicharoen berkata, kejadian tersebut berlaku awal pagi semalam apabila dia tersedar dari tidur kerana mendengar bunyi dentuman kuat. “Apabila saya membuka mata, saya melihat belalai gajah itu melilau mencari makanan.
“Saya sangat takut sehingga melompat keluar dari rumah menerusi tingkap dan memanggil ketua kampung untuk meminta bantuan,” ujarnya. Beberapa saksi melihat ‘pencuri’ itu melarikan diri dari tempat kejadian dengan membawa bersama ikan masin dan beberapa makanan ringan sebelum hilang di dalam hutan tebal yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah Pranee. Sejak akhir-akhir ini, gajah liar menyebabkan masalah serius kepada penduduk kampung yang terletak di dalam Taman Negara Thap Lan, sebuah lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT