CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Tahun Simpan Tumor Gergasi Seberat 45kg

3-9-2022 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1386| Komen: 11

Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan 'tumor gergasi' seberat 45 kilogram ketika pembedahan kecemasan di sebuah hospital di Brazil pada Rabu lalu.

Pakar bedah, Dr Glaucio Boechat memberitahu pesakit wanita berusia 45 tahun itu telah 'menyimpan' ketumbuhan itu pada bahagian perutnya selama lima tahun.


Tumor tersebut dipercayai mungkin telah berkembang dalam uterus pesakit wanita berkenaan. - Foto: Agensi

"Prosedur mencabar itu mengambil masa kira-kira dua jam. Ia adalah tumor terbesar yang pernah saya keluarkan dan pastinya saiz paling besar dalam dunia perubatan," lapor rangkaian berita UOL memetik kenyataan Boechat.


Pesakit itu dimasukkan ke São José do Avai Hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

"Boechat bersama pasukan perubatannya kemudiannya berbincang setelah melihat imej sinar X yang diperoleh tentang punca masalah dihadapi wanita itu. Seramai 14 doktor terlibat prosedur tersebut," jelas laporan itu lagi.

Difahamkan, kos pembedahan itu dibiayai oleh kemudahan perubatan dan sistem dana kesihatan awam Brazil.

Hasil pemeriksaan mereka mendapati tumor tersebut mungkin telah berkembang dalam uterus wanita berkenaan dan keputusan biopsi tumor tersebut dijangka diperoleh dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi.

"Pesakit itu kini berada dalam keadaan stabil dan boleh bernafas tanpa menggunakan alat bantuan serta berupaya untuk bercakap dan makan seperti biasa," jelas pakar bedah itu yang berpengalaman lebih 20 tahun.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 4-9-2022 01:01 AM
Mesti lega lepas pembedahan tu
Quote aechae 4-9-2022 01:13 AM
Mcm mna boleh ‘bawa’ tumor besar tu ye? Berat sikit je dr iols tumor tu…klu suh pesakit tu bawa/dukung iols selama 2 jam pn msti x tahan dh..
Curious betul klu saiz tumor yg berat2 ni…ke msa dlm bdan saiz kecik tp bila dh dikeluarkn ia mengembang?
Quote anony-mous 4-9-2022 04:39 AM
aechae: Mcm mna boleh ‘bawa’ tumor b ...


Sama jah size dlm bdn n dkt luar. Mesti pesakit ni gemuk n guna kerusi roda atau bantuan. Now mesti lega. 45kg tu , i baca pon sakit pinggang
Quote dua_chzy 4-9-2022 06:09 AM
Bagaimana manusia bisa punya tumor gargantuan sebegitu?
Quote dua_chzy 4-9-2022 06:10 AM
Akak syak zaman nabi dulu lagi teruk tumor, kanser, segala bentuk penyakit yang wujud. Sebab tu tak abis2 sembah berhala untuk tolak bala.
Quote dua_chzy 4-9-2022 06:12 AM
anony-mous replied at 3-9-2022 08:39 PM
Sama jah size dlm bdn n dkt luar. Mesti pesakit ni gemuk n guna kerusi roda atau bantuan. Now mest ...

Nampak macam tak gemuk persis Bainun. Memang perut dia dah nampak abnormal orang tak blaja Sains pun tahu ada ketumbuhan dalam perut dengan hanya sekali pandang.

https://www.google.com/amp/s/www ... rgency-surgery.html
Quote anony-mous 4-9-2022 07:05 AM
dua_chzy replied at 4-9-2022 06:12 AM
Nampak macam tak gemuk persis Bainun. Memang perut dia dah nampak abnormal orang tak blaja Sains p ...

Ketara sgt tumor dia . Pelik smpai 5 thn simpan thats why i ingat dia gemuk persis bainun
Quote xtahumenahu 4-9-2022 07:42 AM
Cam ex staff aku..xlaa sebesar ni.. Tp kalau sekali pandang cam besar mengandung dah 9 bulan.. Tp xmo operate.. Sbb org buat katanya.. Pastu bila period... Asek bleeding.. Sanggup tahan
Quote syamzana 4-9-2022 07:55 AM
xtahumenahu replied at 4-9-2022 07:42 AM
Cam ex staff aku..xlaa sebesar ni.. Tp kalau sekali pandang cam besar mengandung dah 9 bulan.. Tp xm ...

sanggup ye menahan dari operate buang maybe sbb ada kepercayaan unsur2 mistik tu sama kot.

ot sket....
mcm kes abg i 2mgu lepas blk dr outstation tiba2 badan shutdown terbaring takleh bangun,xleh buke mulut berckp herot2 nak mkn apatah lg. 3hari dok lagutu sil i baru call inform weols katanya terkena santau sbb baru blk dari gerik
merempan2 abg sulung iols suruh p spital, hari ke4 baru panggil ambulans. bdn smpai pucat lesi (xmasuk mkanan apa) lemah longlai. sekali drh tggi 196/153 terus masuk wad semgu (dah dpt minor stroke). mujur la ok lepas semgu dpt respond sediakala

manusia ni cepat sgt percaya benda2 mistik wpun betul la wujud, tp dulukan bomoh smpai sggup tahan sakit. nak kata dok ulu pueh, dok ipoh sorg arkitek sorg peg gomen gred 48. kepercayaan kalah acik2 dok kole brang kat sekayu nun
Quote dua_chzy 4-9-2022 09:48 AM
anony-mous replied at 3-9-2022 11:05 PM
Ketara sgt tumor dia . Pelik smpai 5 thn simpan thats why i ingat dia gemuk persis bainun

Miskin takda duit or takut kena bayar mahal kalau pi check up di hospital kot. Atau jenis takut hospital...
Quote shernazz 4-9-2022 10:39 AM
Teringat iols dalam.majalah wawancara
Ada wanita.kena.busung gini..
Badan dia kecil.je..tp perut dia mmg beso gilaaaa....
Kononnya buatan orang...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.043610 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top