CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Telefon Dirampas, Rafizi Disiasat Kerana Memfitnah

3-9-2022 11:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 728| Komen: 0

Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, hari ini.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan polis turut merampas satu telefon bimbit milik Rafizi untuk siasatan.



“Kita selesai merakam keterangan beliau dan siasatan masih diteruskan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kesalahan memfitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, Rafizi tiba di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira pukul 3 petang bersama tiga peguam iaitu Adi Zulkarnain Zulkafli, Mohd. Ashraf Othman dan Nik Zarith Nik Moustpha selain disertai kira-kira 30 penyokong.

Proses rakam keterangan selesai kira-kira pukul 4.30 petang.

Sementara itu, Rafizi yang ditemui berkata, polis memberi layanan baik dan beliau memberikan kerjasama baik sepanjang proses itu berjalan.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.032282 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top